Thursday, 8 March 2012

segala yang berlaku adalah tidak dirancang sama sekali. ini adalah entri membebel selepas sebulan tak update.

wootwoot. assalamualaikum. haha. lamanya lah tak taip2 dekat belog aii yg bersepah bersawang neh. pfffffftttttttt. rindu belog. peluk sikit. hahaha. bukan apa, takde benda nak di cerita pun so aku cuma on blog, chek update org, blogwalking, baca2 sikit, off. haha. sbb mmg life org duduk rumah begitu. takkan le pulak aku nak cerita hari2 dari bangun tidur sampai ke tidur balik. ye dakk? kalau hari2 lepas bangun tidur tgk tv, hari2 cerita tgk tv cuma tajuk je lain. melampau! haha. :D

ohh yee, semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak (ehh, ada ke ? haha. gasak.) ni aku siyes membusy sampai tak cukup napas pun ada ni.so ada lah cerita nak di share dekat belog buruk aii ni. ;)

sejak2 tamat kolej haritu, aku mmg takde buat apa even kerja sekalipun. so dlm dok boring2 dekat rumah on fb, tweet,blog. blogwalking segala bagai terjumpa 1 blog craft ni. and terus lepastu kerja aku hari2 bukak pc search pasal felt craft tuu. haha. aku tak tahu lah kenapa aku sgt berminat dgn felt craft ni walaupun pada hakikatnya aku adalah seorg lulusan sijil bakeri & konfeksionari. mungkin sebab ia comel. dan kalau aku buat kek mungkin lepas siap, makan dan habis. takleh simpan lama. tp felt craft ni bila siap boleh simpan, gantung dekat beg. kan. alasan tak boleh nak logik lagi ke? haha.

dan klu org lain mungkin dorang beli je keychain yg dah siap jahit tuu. senang. haha. tp aku rasa aku ni jenis manusia yg "eleh, senang je buat tuu, aku pun boleh buat. beli camtuu rugi je. klu buat sendiri dpt byk". ada tak sesapa yg macam aku? gimme five! haha.

tp malangnya, kain felt ni agak mahal bg aku waktu tuu la. + susah nak dpt. kena beli online apa semua macam leceh gila. + takut kena tipu ke apa kan kalau beli online ni. so aku lupakan sekejap. tp sekejap je la. lepastu aku cerita2 lah dekat mak untung2 dpt sponsor. dan berhasil! haha. mak macam sokong je aku nak belajar benda ni. mungkin sebab mak pun adalah seorang tukang jahit. penat dah suruh anak dia sorang ni belajar jahit baju kurung tak jalan, dpt jahit felt craft pun jadi la. jahit jugak kan? haha. sbb aku kureng sikit kott nak jahit2 baju kurung tu semua. nak ukur2 kain bagai, potong2, haih, menguji kesabaran. hee. :)

ini adalah first hasil tangan aku. sumpah buruk gila aku rasa + comot. complete set. haha. kain dia pun dah bulu2 dah. :) mula2 ni aku beli set yg starter kit tuu. ada kain felt dalam 10 helai kot. tp kecik2 je sizenya. keychain, hp strap, butang 4, 5 bijik, n accecories lain la. sebab baru nak cuba2 kan. kang tetiba aku dah boring beli byk2 kang rugi duit mak aku. hehe. lepastuu rasa macam best baru aku beli byk2. :)

dulu2 aku ada tepek gambar keychain psp aku buat utk adik aku dekat sini. tp itu versi belum siap lah. ini versi dah siap. dah memburuk dah pun. haha. lama dah buat kan. time ni rasa macam ohh, hebatnya daku sbb dpt buat bentuk yg very the rumit waa ckp luu. menguji kesabaran sgt nak buat tahu. :)


lepastu ada satu hari pakcu aku tgk, dan dia kate meh le sponsor utk kenduri pakcu nanti. bg dekat orang2 marhaban. haha. ngade kan mintak sponsor macam aku kaya je. kerja pun belum. bila fikir2, nak beli kain tuu kena beli byk so that aku tak rugi bayar mahal utk postage. kan. dgn duitnya takde, dah siap buat bajet semua berapa byk nak beli. mulakan proses pujuk memujuk. yg ni mintak abah pulak sponsor. alasan utk kenduri pakcu. padahal nak buat utk kendurinya adalah dlm 15 bijik keychain. lebih utk aku buat 'kenduri'. kahkah. :D



hasil utk bg org marhaban. aku buat bunga2 sbb geng2 marhaban tuu semua adalah opah-opah belaka. takkan nak bg bentuk gitar kapok pulak kan. haha. ehh, btw bila aku uplod dekat fb pakngah aku igt ini adalah biskut berbentuk bunga ya kawan2. kahkah. ada rupa ke?  ;) 
lepas je aku uplod keychain bunga2 tersebut dekat fb. makngah aku pulak macam berminat. dia soh buat utk dia 1. aku buatkan. and fikir2 takkan utk dia je. kang terasa pulak yg lain kang. so aku buat sekali utk maklang and opah. hehe. :D

ada buat utk kawan sebelah rumah, dia seumur dgn aku, sekolah agama sama. dan sekarang dia di australia. so aku buat bentuk love camni bg kt dia konon2 hadiah le tuu. ehehe. tp lupa nak amek gambar. sobb.

 dan ini adalah present utk pakcu and makcu masa wedding dorang haritu. itupun lepas aku dah pening pening lalat fikir apa aku nak bagi dekat dorg. nak beli hadiah mahal2 duit tarak. haha. :D



ini sarung harddisk utk adik no 2. adalah dlm sebulan aku peram benda ni baru aku jahit. haha. sebab macam susah sikit nak jahit sebab aku dabelkan kainnya kasik tebal. tp rupanya bila dah start jahit kejap je siapnya. nak potong2 hias2 tu je yg buat lama. ;)



akhirnyaaa!! haha. ini sarung brodband utk diri sendiri. kehkeh. habis dah penat2 jahit utk org, sendiri punya lupa kan. :D

kesimpulannya mmg masa tuu aku buat benda ni utk bg free2 je dekat org. takyah bayar2. baik kan aku? haha.


keychain baju utk 2 org adik lelaki. lepas je dia bawak pegi sekolah kawan2 dia ramai nak order dekat aku. and semua pun bentuk baju. haha. kanak2 mmg cepat terpengaruh kan? hehe ;)

ini utk adik no 2. dia adalah pelajar sem 3 poly shah alam jurusan markerting. so ada 1 day dia kena buat presentation produk so dia sudah cilok semua produk aku. and at the end ada jugak kawan2 dia order dgn aku. dan lagi sekali aku rasa nak gelak dorg pun order keychain nama same macam aku buat utk adik aku. haha. :)


dan sekarang gara-gara dua keychain bertuah diatas ini aku dapat order yg sgt byk. sampai tak sempat nak bernapas dtg order baru. alhamdulillah. :)

thank you adik adikku. ehehhe. nnt kak yong belanja ayam kepsi sorg seketul. kehkeh. ;)

next entri aku cerita pasal order2 yg melambak ni ye. melambak tak melambak lah kan. tp boleh la nak tampung balek duit dah keluar beli kain ni haritu. :)

kbaii. ;)

p/s : mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. ;)

p/s/s : lepas je siap order2 yg byk ni nak buat keychain baru utk mak pulak. yg lama tuu aku buat cenonet je + dah buruk. sbb guna kain yg lama n bulu2. nak buat bentuk apa ehh? :)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Saturday, 28 January 2012

review novel : TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH karya ORKID EDYLIYNE

assalamualaikum...

entry pertama utk tahun 2012. fuhhh fuhhhh tiup2 habuk. kehkeh. pap! mati kau lipas. hoii, lipas pun beranak dlm blog aku hoii. haha. lama tak lama aku tak update kan. kali ni aku nak share pasal novel yg tak berapa nak baru je aku habis baca. sbb dah ada lg novel baru habis baca last 4days. hehe.  tajuknya TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH. novel ni karya orkid edyliyne. fuhh, payah beno aku nak nyebut nama penulis dia kan. :)

ehh,  sebelum tuu nak wish happy new year utk korg2 semua. haha. bulan january dah nak melabuhkan tirai aku baru sebuk nak happy new year. :p


nah! cover depan. nak novel pergi beli. haha.
sinopsis curik dekat pakcik google.


“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi? "

amacam, best tak sinopsis? terasa mcm nak pegi kedai buku utk rembat novel ni? ada baik korg pegi cpt.  sbb novel ni sgt laris. novel ni rasanya dah lama kan release dekat market. yg aku beli ni pun cetakan ke-7 dah. :)

okay! back to-the-story yaww. daripada pembacaan aku novel ni mmg remaja habis. haha. why? sebab segala ayat dlm ni aku rasa mmg standard ayat bebudak sekarang lah. plus dgn gila korea nya. tp aku tak minat korea, sorry. haha. tgk jela cover dia, aku syak gambar korean artis tuu. :)

tp 1 je yg buat aku mcm, "hey takde nama panjang lg ke cik penulis ni nak bg kan." dah lah setiap scene pun nak sebut nama panjang. tegeliat lidah aku nak nyebut. kehkeh. :)

okay meh aku summarizekan sikit citenya. INTAN ASHA AREEN ni anak org kaya, kerja chef dekat hotel milik bapak dia. sepatutnya dah nak kawen tp dia dpt tau pakwe dia yg kacuk melayu-korea tuu curang. then dia kata kat makpak dia takmau kawen. klu pakse jugak dia lari rumah. dia lari rumah, then kerja jadi maid dekat rumah emir jihan tu. tp dia tipu2 sikit pasal diri dia. gila kau, takkan nak ckp dia anak tokey hotel kot. mau terbeliak mak si emir tuu. anak org kaya nak jd maid apehal?? hee. lepastu dekat rumah tuu macam2 benda jd. time tula cinta mereka berputik. aicecehh. haha. tp lembap gila 2-2 makhluk ni still jugak nak deny kan perasaan tuu. lg2 si emir tuu. kau laki approch jela asha tuu kan. 

yg si EMIR JIHAN ni pulak dah boleh dikira bujang terlajak gitu. umur dah 3series tp tak kawen2 lg. and makpak dia dah risau dah takut2 anak dia ni gay ke hape. haha. sampaikan mak dia test anak dia dgn cara tunjuk pompuan cantik then klu anak dia respon maknanya dia normal. kehkeh. sampai macamtu sekali mak dia nak test dia. lg haru bila asha nampak part dia terjatuh and terpeluk pakcik dia, INDRIAN DANI. byk kali pulak tuu. asha pun igt dia gay. haha. nak2 pakcik dia ni aku syak spesis lembut2 kot, tp divorced and ada anak sorg.

apa jd lepas tuu?? kawen ke tak mereka?? pergi la beli dan baca. siyess tak menyesal beli. aku siap2 boleh imejin rumah banglo si emir tuu caner. kereta kuning kotak2 dia tuu. haish. aku mmg klu baca novel tak imejin tak sah. haha.


ehh, sekarang kan tgh in drama adaptasi novel kan. aku rasa novel ni klu buat sure meletop kevavom. haha. tp cari dulu la pelakon muka ala2 korea. haha. :)


p/s : aku bg 4/5 bintang. selamat membeli dan membaca :)



pstt.. baru habis baca novel HATI KALA CINTA - HANI FAZUHA. cerita ni pun best. nanti aku cerita next entry okay. :)


okay bye. :)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...