Thursday, 8 March 2012

segala yang berlaku adalah tidak dirancang sama sekali. ini adalah entri membebel selepas sebulan tak update.

wootwoot. assalamualaikum. haha. lamanya lah tak taip2 dekat belog aii yg bersepah bersawang neh. pfffffftttttttt. rindu belog. peluk sikit. hahaha. bukan apa, takde benda nak di cerita pun so aku cuma on blog, chek update org, blogwalking, baca2 sikit, off. haha. sbb mmg life org duduk rumah begitu. takkan le pulak aku nak cerita hari2 dari bangun tidur sampai ke tidur balik. ye dakk? kalau hari2 lepas bangun tidur tgk tv, hari2 cerita tgk tv cuma tajuk je lain. melampau! haha. :D

ohh yee, semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak menjak (ehh, ada ke ? haha. gasak.) ni aku siyes membusy sampai tak cukup napas pun ada ni.so ada lah cerita nak di share dekat belog buruk aii ni. ;)

sejak2 tamat kolej haritu, aku mmg takde buat apa even kerja sekalipun. so dlm dok boring2 dekat rumah on fb, tweet,blog. blogwalking segala bagai terjumpa 1 blog craft ni. and terus lepastu kerja aku hari2 bukak pc search pasal felt craft tuu. haha. aku tak tahu lah kenapa aku sgt berminat dgn felt craft ni walaupun pada hakikatnya aku adalah seorg lulusan sijil bakeri & konfeksionari. mungkin sebab ia comel. dan kalau aku buat kek mungkin lepas siap, makan dan habis. takleh simpan lama. tp felt craft ni bila siap boleh simpan, gantung dekat beg. kan. alasan tak boleh nak logik lagi ke? haha.

dan klu org lain mungkin dorang beli je keychain yg dah siap jahit tuu. senang. haha. tp aku rasa aku ni jenis manusia yg "eleh, senang je buat tuu, aku pun boleh buat. beli camtuu rugi je. klu buat sendiri dpt byk". ada tak sesapa yg macam aku? gimme five! haha.

tp malangnya, kain felt ni agak mahal bg aku waktu tuu la. + susah nak dpt. kena beli online apa semua macam leceh gila. + takut kena tipu ke apa kan kalau beli online ni. so aku lupakan sekejap. tp sekejap je la. lepastu aku cerita2 lah dekat mak untung2 dpt sponsor. dan berhasil! haha. mak macam sokong je aku nak belajar benda ni. mungkin sebab mak pun adalah seorang tukang jahit. penat dah suruh anak dia sorang ni belajar jahit baju kurung tak jalan, dpt jahit felt craft pun jadi la. jahit jugak kan? haha. sbb aku kureng sikit kott nak jahit2 baju kurung tu semua. nak ukur2 kain bagai, potong2, haih, menguji kesabaran. hee. :)

ini adalah first hasil tangan aku. sumpah buruk gila aku rasa + comot. complete set. haha. kain dia pun dah bulu2 dah. :) mula2 ni aku beli set yg starter kit tuu. ada kain felt dalam 10 helai kot. tp kecik2 je sizenya. keychain, hp strap, butang 4, 5 bijik, n accecories lain la. sebab baru nak cuba2 kan. kang tetiba aku dah boring beli byk2 kang rugi duit mak aku. hehe. lepastuu rasa macam best baru aku beli byk2. :)

dulu2 aku ada tepek gambar keychain psp aku buat utk adik aku dekat sini. tp itu versi belum siap lah. ini versi dah siap. dah memburuk dah pun. haha. lama dah buat kan. time ni rasa macam ohh, hebatnya daku sbb dpt buat bentuk yg very the rumit waa ckp luu. menguji kesabaran sgt nak buat tahu. :)


lepastu ada satu hari pakcu aku tgk, dan dia kate meh le sponsor utk kenduri pakcu nanti. bg dekat orang2 marhaban. haha. ngade kan mintak sponsor macam aku kaya je. kerja pun belum. bila fikir2, nak beli kain tuu kena beli byk so that aku tak rugi bayar mahal utk postage. kan. dgn duitnya takde, dah siap buat bajet semua berapa byk nak beli. mulakan proses pujuk memujuk. yg ni mintak abah pulak sponsor. alasan utk kenduri pakcu. padahal nak buat utk kendurinya adalah dlm 15 bijik keychain. lebih utk aku buat 'kenduri'. kahkah. :D



hasil utk bg org marhaban. aku buat bunga2 sbb geng2 marhaban tuu semua adalah opah-opah belaka. takkan nak bg bentuk gitar kapok pulak kan. haha. ehh, btw bila aku uplod dekat fb pakngah aku igt ini adalah biskut berbentuk bunga ya kawan2. kahkah. ada rupa ke?  ;) 
lepas je aku uplod keychain bunga2 tersebut dekat fb. makngah aku pulak macam berminat. dia soh buat utk dia 1. aku buatkan. and fikir2 takkan utk dia je. kang terasa pulak yg lain kang. so aku buat sekali utk maklang and opah. hehe. :D

ada buat utk kawan sebelah rumah, dia seumur dgn aku, sekolah agama sama. dan sekarang dia di australia. so aku buat bentuk love camni bg kt dia konon2 hadiah le tuu. ehehe. tp lupa nak amek gambar. sobb.

 dan ini adalah present utk pakcu and makcu masa wedding dorang haritu. itupun lepas aku dah pening pening lalat fikir apa aku nak bagi dekat dorg. nak beli hadiah mahal2 duit tarak. haha. :D



ini sarung harddisk utk adik no 2. adalah dlm sebulan aku peram benda ni baru aku jahit. haha. sebab macam susah sikit nak jahit sebab aku dabelkan kainnya kasik tebal. tp rupanya bila dah start jahit kejap je siapnya. nak potong2 hias2 tu je yg buat lama. ;)



akhirnyaaa!! haha. ini sarung brodband utk diri sendiri. kehkeh. habis dah penat2 jahit utk org, sendiri punya lupa kan. :D

kesimpulannya mmg masa tuu aku buat benda ni utk bg free2 je dekat org. takyah bayar2. baik kan aku? haha.


keychain baju utk 2 org adik lelaki. lepas je dia bawak pegi sekolah kawan2 dia ramai nak order dekat aku. and semua pun bentuk baju. haha. kanak2 mmg cepat terpengaruh kan? hehe ;)

ini utk adik no 2. dia adalah pelajar sem 3 poly shah alam jurusan markerting. so ada 1 day dia kena buat presentation produk so dia sudah cilok semua produk aku. and at the end ada jugak kawan2 dia order dgn aku. dan lagi sekali aku rasa nak gelak dorg pun order keychain nama same macam aku buat utk adik aku. haha. :)


dan sekarang gara-gara dua keychain bertuah diatas ini aku dapat order yg sgt byk. sampai tak sempat nak bernapas dtg order baru. alhamdulillah. :)

thank you adik adikku. ehehhe. nnt kak yong belanja ayam kepsi sorg seketul. kehkeh. ;)

next entri aku cerita pasal order2 yg melambak ni ye. melambak tak melambak lah kan. tp boleh la nak tampung balek duit dah keluar beli kain ni haritu. :)

kbaii. ;)

p/s : mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. ;)

p/s/s : lepas je siap order2 yg byk ni nak buat keychain baru utk mak pulak. yg lama tuu aku buat cenonet je + dah buruk. sbb guna kain yg lama n bulu2. nak buat bentuk apa ehh? :)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


3 kawan curah isi haty:

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

hahaha smalah dgn sy..on9 jenguk blog org,baca tsurat n tsirat pstu offline..sndiri pnya blog xupdate :)

Syieda Li said...

@Cahaya Mata @ Nurul Are Inn

kan. selalunya before on9 ada je benda nak di taip. tp lepas klik butang 'new post' tu terus lupa ingatan. blur. hhaha. :)

izzati said...

syida!!!
cute kot benda2 yg ko wat 2..
ttbe aku terase mcm nk jd kn ko ni rakan kongsi aku tuk wat business r..
blh x? blh x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...