Tuesday, 30 August 2011

SALAM MERDEKA RAYA !

assalamualaikum...


wooott wooott.hoh.baru dapat hapdate.sekarang saya berada dikampung.huuu.line brodband dekat sini adalah sangat tuuttt.tamau cakap.huh.mengada tau.haritu boleh je bukak.sekarang takboleh pulak apesal.penat je aku hangkut laptop merah kesayangan tuu.dahlah berat tak hengat punya.semak kereta pulak lagi.last2 duduk lah kau dalam beg tuu.sadiss weiii.

ohh.lupa tujuan asal.haha.sempena raya yg mulia ni ingin daku mengucapkan selamat hari raya and salam merdeka jugak untuk semua.hari ni tak pegi mana pon.lepas solat raya,lawat kubur pegi rumah sepupu abah balek tidor!haha.terbaiklah kan tido raya raya ni.ngeh ngeh.mengantok baiii.malam tadi tido tak berapa nak lena ohh.cemana nak lena 1 katil 3 orang wohh.menyempitlah kau.semua pulak stok tido macam hape je malas cakap.haha.

ingat tadi nak tepek gambar pakai baju raya.tapi tapi tapi,nantilah.haha.lagipun online guna pc pakcu ni.huu.okelah.babai semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.
SELAMAT HARI MERDEKA!

baiii!


cakapcakap : tema baju raya tahun ni cacarmarba.   ;)




♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Monday, 29 August 2011

SESI MENSEPAHKAN DAPUR PART 2 : biskut raya siap!

assalamualaikum...

seems like macam lamanya aku tak online dengan tenang dan aman tanpa gangguan.kenapa?sebab hari2 pon aku online tp badan tempat lain.lari sana sini.bz dengan biskut raya semua.heyy,biskut siap suda.hoyeaahh!at last.semua setel.lega maks noks.hehe.


naseb baik nak hari2 akhir puasa ni adik aku ada lah tolong sikit2.takdelah aku kelam kabut sangat.ahh,itupun kena paksa.sekeh kang.makan nak,tolong taknak.haha.terasa lengkap raya tahun ni.semua buat sendiri.ehhh,ehh,baju raya mak buat.heheh.










fevret nih. biskut kacang. bahan di sikit aje. nak buat sikit punya renyah. nak goreng kacang lah dulu,buang kulit,blender.haish.fenat ahkak tau.haha.tp yg aku buat ni agak macam kalau kau tersentuh sikit je dah bederai.hah.tensyen.ingatkan dapatlah jadik sebijik macam yg jual kat kedai tuu.sodap je.makan pon tak berderai.kehkeh.takpe2,tahun depan cuba lagi.practice make perfect. kan kan. ;)


ni tat.tp letak stroberi.mak suruh.i ikut je.sebab ni bukan fevret aku pon.siyes ckp tak pernah makan pon.tahun ni kot baru try rasa.hehe.sedap ahh.ehh,tengoklah sape buat.kahkah.  ;)


ehh,oke.bye.

p/s : entri ni dah lama gila bertapa dalam draft tuu.asyik lupa nak sambung.haish!  :D




cakapcakap : tahun depan kalau ada peluang nak buat bisnes biskut raya lah pulak.  ;)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 23 August 2011

SESI MENSEPAHKAN DAPUR PART 1: buatlah bentuk bentuk sikit.

assalamualaikum..

dah dekat  seminggu aku macam membz gile tak hengat dunia.hoho.ehh,tapi malam ajelah yg bz nya.sebenarnya aku baru nak start buat biskut untuk raya ni.jadi haruslah sesi mensepahkan dapur malam2 kan.siang2 puasa tahap kerajinan agak kurang.nyahaha.yeayy.tahun ni dapat buat biskut sendiri.sukasuka.  =,=

sebenarnya tahun lepas lagi macam dah angan2 nak buat biskut raya sendiri bila raya kan.since time tuu aku prektikel dekat kedai kek and ada sikit2 basic buat biskut masa prektikel tuu,so rasa macam nak jugak buat sendiri kat rumah.tp masa adalah terhad waktu tuu sebab pagi keluar pegi kerja pukul8.30 balek dah malam kadang pagi plus penat sangat so tahun lepas memang biskut tunjuk jugak.haha.jadi,disebabkan tahun ni aku macam sangat sangat free sebab tak kerja lagi(memang free pon.kahkah),so aku telah merajinkan diri nak buat biskut raya.lagi2 bila abah dok bising2 tanya, "tuu oven dah ada bila nak buat kek ke biskut ke?". haha.

sekarang ni baru ada 3 jenis biskut.arghhh!tak cukup ni.tapi dah taktau nak buat biskut apa dahh.tak cukup dengan file resepi time kolej dulu aku belek nak cari biskut tersedap dan terbahek untuk dibuat,dah 5 kali jugak aku khatam majalah RASA tuu.haha.gigih tak gigih aku wehh.semangat ohh nak buat biskut raya.hiikkk.

tapi kan tapi kan,banyak dugaan jugak lah nak buat biskut raya ni.yela,even aku tau basic,pernah belajar semua tapi bila buat sendiri sorang2 kat rumah,1st time pulak blur jugak aku sekejap.time tuulah aku lupa macam mana rupa adunan dah kembang,lupa tekstur doh macam mana.keras ke lembik.haruu weehh.haha.tapi alhamdulillah menjadi jugak biskut aku.lepastuu ada pulak pengkritik tetap.sapa lagi kalau bukan abah.boleh tengah aku bz gentel2 biskut tuu dia boleh komen "CUBALAH BUAT BENTUK2 SIKIT.BARULAH CANTIK.BARULAH ORANG NAK MAKAN".eiii.geram ni.haha.lepastu aku jawablah(ehh,bukan menjawab ehh.hiii) "LAH,MEMANG CAMNI LAH BENTUK DIA ORANG BELAJAR.TUU TENGOK GAMBAR TUU.SAMA KAN."abah aku tanak kalah woii. "TAKDELAH BUATLAH BENTUK SIKIT,BARU LAWA.INI LEPER JE."(ehh,macam ulang ayat sama je.kehkeh.)ahh.malas aku layan dah.hehe.lantaklah rupa buruk pon janji sedap.nyamnyam.masuk perut jugak.apedehal kan.heee.


ini cornflakes crunchy.


ini chocolate chunk.besar gabak woi aku buat biskut ni.mengembang bagai dipam pam.hiii.mak aku siap gelak2 ohh.takpe2.kita kecikkan dia.


ini bila dah kecik before bake.kecik toet je.ehehe.mari lihat result after bake.


 yes!ini dia.kecik lah sikit dari yg mula2 tuu.seram aku.nak makan pon komfem sepah2 kan besar2.kecik2 sekali ngap aje.hee.


dan ini biskut dahlia PENYEK namanya.huu.baru buat tadi.sadisnya tak jadi macam dalam majalah tuu.lepastu aku add-on sikit tepung.so the result adalah..



better lah dari yg mula2.tp still tak canteklah.ini biskut feveret aku kot.selalu pegi raya rumah orang boleh habes aku ngap tanpa sedar.hihii.lagi 1 feveret aku biskut mazola.alah biskut kacang tuu.esok nak try buat lah.hope menjadi.  *_*



pssttt....abah aku memang suka kritik2 ni.kalau tengok AF ke MENTOR ke,dia dah macam pengkritik jemputan dah kat rumah ni.haha.tapi aku sayang dia woii.sayang mak jugak.hehe.iluvbothyou.muahmuah.

okelah.babai nak ready2 tuk sahor.tapi mata mengantuk sudeh.hukk.




cakapcakap : lagu raya dah pasang dekat radio,tv semua.mood raya makin hampir.  *_*









♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 17 August 2011

forteen bukan empatbelas.

assalamualaikum..

eheheh.apekah forteen?ehh bukan empatbelas.FOURteen itu baru empatbelas.hik.apekah tetiba cerita pasal forteen ni.lately ni aku selalu lah dengar radio asyik dok putar satu lagu ni.aku dok ingat band dari seberang nun punya lagu.tapi bila dengar muzik dia macam KRU punya.pastu memandai lah aku buat conclusion sendirik."ohh,maybe dia amek artis luar lah tuu.KRU kan pernah ada artis dari indonesia kan".

ehh,tapi aku silap woii.itu artis dari malaysia terchinta.grup baru under KRU.forteen namanya.penah lah sekali aku dengar nama grup ni.tapi takpenah tau pulak lagu yg aku dok dengar hari2 tu lagu diorang ni.hehe.sebab selalu dengar dah separuh lagu.boleh layan lah jugak lagu diorang.keluaran KRU kan.ehehe.lalu aku pon search lah dekat fesbuk,gugel nama diorang neh.woahh,hensem2 pulak diorang ni woii.komfemlah bakal mencairkan hati aweks2 sekalian.wahaha.meh nak introducekan FORTEEN.


from left: ARIZ,AMEERAIS,IZZUE ISLAM,ONE  ;)


nahh.sila tatap sampai termimpi2.waahaha.ehh,tapi ada yg aku familiar lah.izzue islam tuu bukan penah belakon ke?sebab aku penah tetengok satu cerita ni ada nama dia dalam list pelakonnya.jadi penyanyi pulak sekarang ehh.and lagi sorang one.dulu dia guna nama rizu lepas keluar oiam.kan?kan?


mehh layan lagu diorang.


berdua bersatu-forteen  ;)



kalau nak like fesbuk pegi search FORTEEN.ehh kalau malas nah klik sini,FORTEEN.boleh lah nak tatap wajah2 hensem mereka ni.hehehe.

pssttt..dalam ramai2 aku suka tengok muka ariz.haha.kantoi disitu.ehh,rupanya ariz ni pon ada buat cover lagu  dekat youtube.baruku tahu.  ;)



wiwiittt.. ;)

ehh,dah lah.banyak pulak melalut aku kang.babai.  

cakapcakap : lagu apa lagi ehh tengah hot sekarang??


♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Monday, 15 August 2011

puasa zaman kanak-kanak.

assalamualaikum..


ehem ehem..ehem ehem..uhuk uhuk..haha.asal kau syieda oiii.heee.batok wehh.mmg sangat dugaan bila batok time puasa2 ni kan.tekak kering mintak air je rasanya.huh.ehh,sedar tak sedar dah nak masok 15 hari kita puasa.lagi berapa hari aje nak raya dah.baju raya tak siap lagi hooiii.oh emakku sayang,silalah jaitkan baju anakmu ini dulu.huuu.kalau ikot kepala jahat aku ni mau aku pegi sorok kain2 orang tempah tuu.biar mak aku tak jait.jait baju aku dulu.hahahah.kesian kan kat aku..selalu je baju siap malam raya.sobss.  :(

ahh,sudah tersasar dari tajuk.hikk.baik mari berbalik kepada tajuk entrikuh.tetiba teringat pulak zaman kecik2 dulu masa bulan puasa.haish,macam2 hal ohh.aku tak ingat lah aku start puasa penoh darjah berapa.tapi time baru nak belajar puasa tuu pernah jugaklah TERsengaja TERbatal puasa.hohekk.budak budak lagi time tuu.mana tau kan.takpe2 dimaafkan.wahhaha.sesuka hatik je.ehh,tapi kan aku baiklah,sebab kalau aku dah TERbatal puasa tuu mak aku tau hokehh.i tak pernah tipu mak i.hikk.

masa kekecik dulu,tak hengatlah pulak umur berapa.kan petang2 selalu main2 dengan jiran kan.bulan puasa tak bulan puasa gasak jugak nak main.haha.lepastu poyo2 ahh dengan kawan tuu.

mehh layan perbualan aku ngan jiran aku neh.

aku : "aku puasa woii,kau puasa tak??".

jiran : " puasa".(sambil buat muka bangga sebab puasa)

hikk.lepastu saja aku nak bako dia,

aku: "eiiii,tipu.tadi nampak kau minom tuu apa?".

jiran : "ehh,bila?mana ada kita minom.kau yang tak puasa.tuu merah2 tuu apa?."(haha.tetiba tuduh2 aku pulak)

aku : ni lipstik lah. =)

wahaha.jahat gila aku dulu.padahal sebelum keluar rumah tuu aku dah tegok air tin stobery tuu sampai merah2 lidah puasa hotakkau.hikkk.tapi mak aku tau lah aku tak puasa tuu.aku siap mintak izin hokeyy nak bukak puasa sebelom waktuu tuu.haha.baik tak aku?






ini air stoberi.sodap diminum ketika puasa.haha.


lepastu,time bulan puasa kan selalu jugaklah pegi terawikh duludulu.masa kekecik best pegi terawikh.pulaktu kawan2 suma pakat pegi.aku pon haruslah pegi jugak kan.taknak kalah neh.ahaha.tapi,pegi bukan nak solat sangat pon.paling banyak 4 rakaat.lepastu lesap pegi main2.haha.dulu surau dekat rumah aku ni ada macam kawasan kecik lah dekat dengan sebelah tempat wuduk tuu.hah dekat situ ahh kitorang lepak.gelak2,bising2.sampai kena jerkah dengan makcik2 lah sebab bising sangat.haha.lepastu time witir naik balek sambung solat.lepastu rebut2 keluar pegi bawah khemah makan.lalallaa.anak sapa la ni burok beno peghangai.hikk.tapi memang pon sebenarnya sebab utama pegi ni sebab nak makan.hikhik.kan selalu bulan puasa ada moreh kan.sedap2 pulak.mana tak laju je.haha.sekarang ni dah takde la gitu.wat malu bapak aku je woii.heee.

tuu antara2 kesah masa puasa kekecik dulu lah.tapi siyess lah,puasa masa budak2 best.ehehhe.kalaulah boleh diputarkan masa itu.  :)

ehh,okelah.bababai.selamat berpuasa semuanya.insyaallah bertemu lah kita dengan raya tak lama lagi.  ;)






cakapcakap : psssttt..aku tak ingat pon siapa jiran aku yang aku sembang2 tuh.boleh?haha.   *_*

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 9 August 2011

puasa ke-9.

assalamualaikum...

uhuk uhuk.hey dear blog.maaf lama gila tak melawat anda.huuu.sangat kemalasan sebenarnya.haish.diam tak diam.bising tak bising.ehh dah ogos.means dah start puasa lah kan,oyeah.selamat berpuasa semua.ehehe.dah hari ke-9 baru kau hegeh hegeh nak wish syida oiiii.haha.

ohh.mari aku bercerita perihal puasa aku tahun ni.biasanya bila dah start puasa emak lah orang paling runsing,pening,migrain(wah dahsat)haha dan seangkatan dengannya.hiii.sebab kena pikir nak masak apa sahur.bukak karang nak masak apa pulak.haaha.tak ke boleh migrain gitu.puasa ada 30 hari.sampai kadang kadang aku pun terpening sama.haishh.heee.

kalau ikut tekak aku ni,semua pon aku bedal.janji sahur sudah.kalau time bebuka tuu masak simple2 je.asalkan air ada 1 jag aku happy sudah.hehe.ehh,betollah.time2 puasa macam ni setitik air tuu sangat lah berharganya.azan je dapat teguk air,pehh nikmat woahh.haha.

hari pertama puasa menu kami adalah keuy teow  goreng.nyamnyam.my feveret tuu.hari ke-2 mee goreng.ke-3 mihun goreng.ke-4 abah request nasi putih dengan masak lemak ikan and udang goreng.udang besau2 woahh.hee.ke-5 aku request nasik ayam.hari ke-6 nasik putih lauk asam pedas,udang sos tiram.ke-7 bubur nasik je.ke-8 keuy teow goreng lagik sekalik.haha.simple habes kan.tapi takdelah makan itu je.adalah side dish nya macam ayam,nugget,wedges.beli yg peket2 tuu pastu goreng.sonang keja.ahahha.


dalam seminggu berpuasa ni aku tak berkesempatan lagi nak pegi bazaar.macam malas je nak pegi pon.ehh bukan malas,nafsu nak membeli tuu macam takde.tak macam tahun lepas,sikit2 mintak mak nak pegi bazaar.beli macam2,balek2 tak makan pon.bazir gitu aje.lagipon buatpelah nak membazir ni.membazir itu kan amalan syaitonn.wahaha.itu semua nafsu semata.sebab kau lapar memanglah semua nak.tengok ayam golek kau teringin.tengok nasik ayam pon teringin.tengok air macam2 kaler,sejuk2 lagik pon teringin.padahal boleh je nak bancuh sendiri kat rumah tuu.semuanya nampak sedap.tapi rasa indah khabar dari rupa.haha.

ehh.panjang lebor pulok entry aku ni.wanna sleep sekejap.lepasni nak bangun sahur.sahur ni makan nasik dengan sotong sambal.nyamnyam.lama gila tak makan sotong.huuu.bebuka esok taktaulah menu apa pulak.ehehe.nantikan.


last but not least..


selamat berpuasa,bersahur dan berbuka.   ;)


oke,babai.


cakapcakap : sangat menduga kesabaran bila puasa bukak tv semua cenel dok tayang rancangan masak.haishh.  =)

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...