Monday, 31 October 2011

ada budak comel tag saya lah.

assalamualaikum...

honestly aku cakap aku taktau hapemenda jadah mendalah tag2 neh. so bila budak comel bernama yayasept   mentag aku. so mari kita menjawab soalan2 maut dari makcik neh. haha. 

1. Sejak bila korang berblogging
bulan july tahun ni. hehe. baru je lagi.   ♥
2. Makanan fav korang?
byk kot. semua aku telan. tolak batu kayu LAKSA! haha.  ;)
3. Korang tengah lapar gila, tapi dalam masa sama korang mengantuk sangat. korang pilih makan atau tidur?
TIDUR! tidur lagi nikmat dari makan wehh. dah tidur haruslah lupa yg aku sedang lapar. kehkeh. 
4. Korang memilih kawan tak?
haruslah TAK! aku ni siapa je pun nak pilih kawan.  ;)
Siapa orang yang korang percayai?
adik aku kott. entah. tp mostly secret2 aku ada dekat dia. berani dia pecahkan. aku belasah! haha. sebab tuu kott aku PERCAYA dia. *aku jenis susah nak percaya org* ♥
5. Bercinta dalam alam maya ni, boleh percaya ke?
depends la. kalau dah jodoh, bercinta alam maya ke realiti ke kawen jugak kan. hihi.  ♥
6. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, setuju dengan statement ini?
TAk berapa setuju. semua manusia pernah buat silap. macamtu kesian lah dekat org2 yg pernah jadi jahat kan? 
7. Ade orang kata, kadang-kadang kita kena jadi hipokrik jugak. penjelasan anda?
SETUJU. kalau selalu mengalah pun lama2 org pijak kepala. jadi tak salah kalau kadang2 nak jadi hipokrit .
8. Sayang tak berbalas, pernah nak menghadapi situasi macam ni?
SELALU! haha. 
9. List nama tarikh lahir yang sentiasa berada dalam memory anda.
1. haruslah diri sendiri. ;)
2. family. ;)
3. close friends. ;)
10. Last, anda kenal tak siapa saya? haha.
hoii! ni soalan mintak pelempang ke hape? TAKKENAL! kahkah.   ♥


mar! sudah jawab. terimalah jawapanku seadanya. hikhik.

kbaiiii!    

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

assalamualaikum...

aku baru je menfollow belog akak penmerah kite neh. tenampak pulak post dia buat random GA neh. so saya joinlah! hihi. ;)


sila klik banner comel diatas utk terus ke entri kontes!

korang nak join pun boleh. cuba nasibkan. tahu tahu nasib kita dapat menangkan. klik je banner comel atas ni.  


senarai 6 daripada 25 hadiah yg super ohsem i tell u!  ;)
1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon

 anda telah di tag wahai kawan ;

puteri rabia
mariatul qibtiah
suara hati

tempoh kontes berjalan - 21 okt-10 nov 2011-
masih ada masa utk awak2 join. jom serbu. hihih. ;)
selamat berGA utk yg join!

kbaiii!

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Thursday, 27 October 2011

kronologi hobi.

assalamualaikum...

semuaorang pun ada hobi kan. tipulah kalau kau kata kau takde hobi langsung. tak kesah lah hobi tuh mendatangkan manfaat ke tak. janji kita enjoy buat benda tu sudah. dah nama pun hobi haruslah yg enjoy-enjoy saje kan. takkanlah kau nak buat hobi bagi kau sedih sampai nak bunuh diri pulak. haha. ada yg ada 1 je hobi. memang jenis sayang gila dgn hobi dia. tak pernah tukar dari dulu sampai sekarang, mungkin sampai bila-bila. ada pulak hobi macam-macam. punya banyak hobi sampai kadang tak terbuat. kadang tuu bila boring terus tinggal gitu je. macam habes madu sepah dibuang. (tak beragak perumpamaan aku woahh. haha.) ini kes curang wokeh! dan aku tergolong dalam golongan curang itu. kehkeh.   *.*

aku start kenal hobi ni masa darjah tiga kott. aku pun taktau macam mana aku boleh 'TERADA' hobi time tuu. haha. yela budak darjah tiga batch aku masa tuu takde der tenet2 neh. jangan kata mukabuku. myspace pun takde. budak sekarang asal tanya hobi apa. surf internet. men angrybird. haha. padahal baru darjah satu. baru nak belajar membaca. ;)

berbalik balik cemana aku 'terada' hobi neh. aku ingat lagi time birthday aku abah bagi buku setem.
 aku tak sure samaada aku yg mintak atau mmg abah beli nak bagi aku. lupe derr. lama dah tuu. tp rasanya macam aku mintak. kehkeh. aku taktaulah mmg musim org kumpul setem ke hape sampai dekat kedai buku sekolah aku siap jual setem luar negara lagi. sepeket singgit. aku ni pun gigihlah beli. kadang sampai sanggup tak makan sebab nak beli setem punya pasal. dulu belanja sekolah 2hinggit je derr. bukan macam sekarang 5hinggit. lepastu siap main tukar-tukar dengan kawan pulak. sah mmg time tuu musim kumpul setem. hikkk. sambil2 tuu asal ada surat sampai kat rumah je aku jadi orang 1st cakap kat abah nanti dah baca kakyong nak sampul. yg paling takboleh blah aku rasa sanggup ni aku selongkar surat2 yg dah berkurun lama tuu semata-mata nak ambek setem dia aje. kuikui. gigih gila aku semata mata nak kumpul setem wehh. sanggup ni potong setem tuu, rendam dalam air, kasik kering sume. kalau ada yg terkoyak siap nanges2 hentak kaki woahh! haha. pastu tepek dalam buku setem. tepek bukan sebarang tepek tau, siap susun ikut besar kecik, negara, gambar. hehehe. perhh time tuu rasa bahagia gila kot. macam puas lah!haha. gila takboleh blah kan aku punya addicted dgn hobi aku tuu. ntah mana2 tah buku setem tuu aku campak. kalau jumpa ni harus aku snap gambar tepek dekat belog! kahkah.  ;)





kemas je kan org neh punya buku setem. aku punya siap tecabut2 lagi dia punya lapik kertas tuu. hiks. ganas gila.  ;)

gambar ihsan ; encik google.

hobi ni bertahan kejap je kott. lepastu apa ekk hobi aku. hah! kumpul keychain! aku start addicted dgn mendalah2 bernama keychain ni since kitorang selalu pegi bercuti. biasalah kalau pegi bercuti negeri2 lain haruslah jual keychain as souvenier kan. time tuu sekolah rendah lagi so abahlah jadi tukang beli. tunjuk2 je nak keychain apa. alah paling mahal pun 3hinggit. haha. kalau nak murah paling heaven beli keychain dekat cameron highlands lah. singgit je satu. omey2 pulak tuu. ada bentuk buah, sayur, macam2lah. hiii. keychain pertama aku beli masa lawatan pegi melaka. rasanya masa darjah tiga jugak. aku beli keychain kayu lekat sticker gambar garfield je pun. yg takboleh blah aku beli sebab nak sama keychain dengan budak aku minat masa sekolah dulu. hihihi. *blushing*. konon masa tuu kalau ada keychain sama boleh feeling2 macam becinta le tuu. comel kan aku. hikhik. lepastu makin lama makin banyak stok keychain aku.hah. ada jugak yg kengkawan bagi. tak kira lah mmg dorg beli nak present dekat aku atau dorg beli utk dorg then kasik aku. sume aku rembat. haha.  aku kumpul bukan macam certain org yg letak dekat rumah, gantung dekat besi letak dalam almari. aku siap gantung dekat beg sekolah. bukan satu dua, kalau boleh semua keychain aku tuu aku nak gantung woii. pastu pegi sekolah belum sampai depan kelas org dah tau aku sampai. dengar bunyi keychain dulu baru nampak orgnya. kahkah. keychain ni sampai sekarang aku kumpul, walaupun dah tak gantung dekat beg (gila kau nak gantung dekat henbeg. mau patah tangan aku henbeg berat keychain aje) kehkeh.



antara koleksi keychain aku. sebahagian je ni. ni yg lama2 aku simpan dalam plastik ikat masuk laci. haha. yg baru ada yg bergantungan dekat beg, berserakan entah mana2 aku campak. biasalah benda kalau dah banyak. main campak2 je. haha  ;)




jom kita kasik zoom. kau nampak keychain garfield tu? hah tulah keychainnya yg aku beli sama dengan budak aku minat tuh. kehkeh. yg tulis 'saidatul' tuu membe aku kasik. konon sbg kenangan. weh sai! aku simpan lagi keychain kau. heee. lagik yg 'nur' tuu aku rembat adik aku punya.  keji kan, sanggop aku curik adik punya semata nak kumpul keychain banyak2. haha. yg lain2 ada beli sendiri, ada abah beli.  ;)


tuuu antara hobi dari sekolah rendah sampai menengah. bila dah besar2 ni pun ada gak hobi. masa tuu aku baru je habes final sem aku dekat kolej. masa dekat kolej tuu ada member aku  buat kerongsang guna kain. bentuk bunga. pastu buat sepit rambut. tp time tuu kan tgh in dgn fesyen sepit rambut pakai dekat tudung. mmg ramai dok pakat beli. aku pun terjebak sama. (mmg aku jenis cepat terpengaruh kot.) haha. lepastu rasa macam tak bebaloi baloi pulak kalau aku nak beli je kan. duit habes. pakai jarang2. so aku pun berangan lah macam nak buat sendiri je mendalah2 tuu. kebetulan mak aku mmg tukang jahit. so alat2 jahit macam jarum benang tuu semua mmg ada lah dekat rumah. kain perca pun belambak. aku apa lagi mulakan operasi lah. nak nak time tuu mmg free gila. baru habes study kan. tak buat apa. baik aku buat benda2 berpekdah camtu. mak pun tak bising. hihih. mula2 macam frust sikit sebab aku buat tak cantik. dah nak giveup kot. yela baru first time nak jadi cantik cemana? so try lah buat2, practise semua, so lama2 jadi lah cantik sikit. lama2 jadi macam best nak buat je hari2. mmg hari2 aku dok ngadap benda tuu jela. hehe.



hasilnya setelah tekun mengerjakan kain perca lebih2 buat baju kurung.  ;)


tuu je kot yg aku ingat dan aku rasa macam comelnya (haktuiiihhh) aku dulu2 sanggup buat apa je demi hobi secoet itu. haha. hobi lain2 macam baca buku, baca novel,  nyanyi2 dlm toilet ( erkk ni pun hobi ke?hhaaha.)tu macam biasa lah kan. semorang pun selalu je buat.   :)


hobi aku yg paling latest ialah...



♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥
 
 
 
 
 
 
ini yg terlatest lah. nanti next entry akucerita. kalau ada org nak baca lah. (erkkk pernah pulak aku kesah org baca ke tak.) heee. =_=


nampak macam dah panjang berjela aku dok bebel pasal hobi neh. kalau dibiarkan mau hobi time baby pon terbabit sama. hikhik. 

babai awak awak semua.

kepada yg sudi baca tuu  ♥ ♥ ♥ ni utk awak!
k baiii.  ;)
 
 

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 18 October 2011

ROMAN by roman feat. kilafairy - ost drama TIHANY tv9 -

assalamualaikumm...

last week aku ada tertengok satu drama dekat tv9. hari isnin haritu sementara tunggu kelas kau maria stat. TIHANY tajuknya. not bad ceritanya cuma aku kurang faham sebab tengok sekerat2 kan. hheehe. sebenarnya aku lebih tertarik dengan ost drama tuu. ROMAN tajuknya. penyanyi roman (grup) ft kilafairy. wow! kilafairy bibir sexy tu nyanyi woah. ehh kauorang jangan tanya aku kenapa tajuk lagu dengan nama penyanyi dia sama. sebab aku pun taktau. ;) festaim dengar macam tertanya2 jugak ahh siapakah gerangan yg bersuara merdu itu. rupanya anak dara rohana jalil si kilafairy. awak boleh tukar karier lah lepasni cik kilafairy oi. nyanyi pulaks. buat album komfem laku. ehehe.   ;)


meh layan lagu ni. boleh pilih nak slow version atau fast version. teheee.   *_*


 ♥ ♥ ♥



ini slow version. 

 ♥ ♥ ♥



ini fast version.


aku lebih suka slow version. lebih mendayu dayu gitu bila dengar. kehkeh. dasar budak jiwang. papepun thumbs up utk pencipta lagu ni amylea azizan. hah tak kenal? amylea af3 kenal? yeah, dia lah tuu.hee. apa yg aku perasan lagu2 ciptaan dia sumenye superb. kira boleh layan lah kan. byk jadi ost drama je kan. jarang2 dengar dekat radio. kalau ada pun sekejap masa cerita tuu tengah on-air. lepas tuu tak dengar dah. kecuali kalau kau rajin pegi search youtube. papepun teruskan berkarya.  ;)




nah gambar kilafairy bersama bibir sexy beliau utk korang. hikhik. 

kbaii .   ♥ ♥ ♥

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Saturday, 15 October 2011

baby saya sudah ada baju yaww!

assalamualaikum...



*gambar hiasan ; ihsan pakcik google. ;)


helloww. hawauyuu awak awak semua? hikk. tadi after pickup adik aku dekat poly shah alam tuh, kitorang gegedik gatal nak pi plaza alam sentral. atau lebih fofular feymes amous dgn panggilan PAS oleh org2 sekitar sana. sapa dok shah alam sini angkat keyboard ! ;)

oyeah festaim aku jejak situ. not bad lah. selalu pegi selayang mall je paling2 'grand' pon. rawang ni apa je ada. nak tunggu jusco siap haih entah bila. kehkeh. kira kalau nak dibandingkan dengan selayang mall, lagi byk pilihan dekat PAS sana. macam bag. huish,siyes rambang mata aku tadi.naseb lah poket mmg tengah kering. so boleh usha usha manja ajelah. takpe2,next time pegi haruslah aku rembat satu. *kalau dah ter'rembat' satu, makanya koleksi henbeg aku bertambah, bila henbeg bertambah makanya mak akan mengamuk sakan sebab beg yg ada pon tak terpakai.hew hew.  -_- *


tadi dah ushausha henbeg jenis cam briefcase neh. sekarang kan tgh in beg macam neh. haish ! bila boleh rembat satu neh?  *_*



because of duit aku sangat limited sekarang, so aku hanya dapat merembat case hp satu! lama dah carik. selalu je takde. bengang je. aku guna sony vivaz pro. kan ada satu lagi jenis sony vivaz. beza dia vivaz takde slide. vivaz pro ada slide. asal tanya je ada yg sony vivaz aje. and yeah at last, ada jugak case vivaz pro. huu. naseb menyebelahi daku. so rembat satu! rm20 je pon. mula2 rasa macam a bit expensive jugak. sebab bajet2 harga cam belas2 je kan. tp rembat jugaklah. dah ada. takkan nak tunggu sampai hp aku calar balar retak seribu kott baru nak beli kan. sudah terlambat itu. kehkeh. 

so introduce uollss my baby pinkish vivaz pro..  ;)




haish. lega dah ada baju neh. takdelah risau nak letak hp kat mana2 pon. dah tapayah lapiklapik semua kan. dulu nak letak pon ala ala slowmotion gitu. takut calar uollss.   ;)




errkk. maafkan gadis ini. teruplod pulaks. hii. bila lama2 tengok gambar neh tetiba aku rasa muka aku dalam gambar neh macam muka patung kena siat woh. ahaha. *mukasayatakflawlesspuneditphotoshopaje*


kbai awak semua.  



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 11 October 2011

Giveaway LuvBunny House

assalamualaikum...


td ternampak dekat shoutbox ada blogger nama cik bunny ajak join GA dia. so aku pon terjoinlah. saje2. untung2 dapat. hikk. 



sesapa nak join sila lah ringankan jemari anda klik bunny biru comel atas ni. 

selamat berGA !  ;)





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


happy birthday shaziela elisya !

assalamualaikum...

hukk.cerita sabtu lepas hari selasa baru nak hapdate ! dush muka sendirik sekali ! hiksss. takde cerita gempak pon sebenarnya. cumanya malam sabtu haritu kitorang sefamily pegi rumah chik aku dekat ukay perdana sana.chu nak selebrate bufday anak dia haritu. taktahulah kenapa dia tak selebrate dekat rumah dia kan. tp bagus jugaklah. fuhhh, sebab aku lemah betol kalau pegi rumah 2 orang bapak sedara tersayang aku neh. bukan lemah sebab aku taksuka ke apa, diorang ni suka betol duduk rumah tinggi2. kalau ada hencik lif tahan lah lagi. kehkeh. sampai2 lepas lelah dululah. hikkk.

happy 5 th birthday shaziela elisya ! uit besar dah budak kecik ni. dulu dulu masa kecik2 punyalah susah orang nak dekat dgn dia. sikit sikit lari nyurok muka dekat abah dia. malulah kunun tuu. haha. sama jelah macam abg ngn kakak dia kecik2 dulu. haish! *oke finelah aku pon same jugak dulu kecik2 pemalu.sampai sekarang ai pemalu yaww!* kehkeh.   =_=

kita layan gambar jelah ye..



siyess kek dia sedap. ada aiskrim dalam. beli dekat pistachios tak silap. nyamnyam dan diet aku haritu memang kelaut. mak marah. hukk. ala mak sikit je amek. nak rasa je. tulah sape suruh angkut aku sekali. kehkeh.  -_-


ini dia birthday girl. comel yaww! dan aku sgtlah tensyen saat snap semua pic dia. sebab mata pandang kelain aje. mana taknya, ramai paparazi mamarazi malam tuh nak snap pic dia. taktau nak pandang mana satu. retiss of the night lah katakan. yeayeah!  ;)


kazens ! yg hijau shazwan, biru fifi, pink shaziera bersama birthday girl ! 
*sila jgn keliru sbb yg hijau abg,pink adik. nmpk macam pink kakak kan.br darjah 2 tuu. hehe*



dan ini adek aku yg gedik takmau join sanp2 gambar. malu2 kunon. nyampahs!


abah ! along pon nak selebrate birthday macam adik jugak! hikk.


oke! jom potong kek. alamak cemana nak potong ni?  ;)


ohh. kena posing dulu ke? oke2.  :)


orite! dah boleh potong dan mentekadarah! hinshins.  -_-



the endd..


bye semua !


♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Friday, 7 October 2011

GiveAway by anis athia

assalamualaikum...


terjoin GA by anis athia le pulak.hikk.




sape2 nak join jgn malu jgn segan klik je banner ni ye.
tarikh tutup 11.59 pm 1 nov 2011



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

assalamualaikum...

saya join segmen lagi.kehkeh.





segmen by miss nadya. sila klik banner jika mahu join.  ;)





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 5 October 2011

misi berpantang syieda R bermula sekarang !

assalamualikum...

awak awak semua apa kabar? dah makan? hukk.saya belum makan.minum aje dr pagi.haish! ehh tajuk entri boleh bawak fitnah uhh.haha.ni apekes ni berpantang2 ni? bila kau banak? coi mulut kau kan. haha. kawen pon belom nak banak celah mana?kan.kihkih. oraitlah,stret to da point aje. mmg saya sdg berpantang skg. huk. yap!pantang makan. minum takpe. lagi byk lagi bagus.erkkk?    -_-'

begini ceritanya,ahad lepas aku pegi ada satu expo ni dekat area rumah. biasalah expo2 mcmtu semua org nak promote barang diorang kan.then lepas dah penat selongkar tudung. ye! selongkar sebab tudung jual longgok tuh.selai 5hengget.tp kualiti oke.hikk.hah sambung,lepastu jalan lah lagi,tetiba ada chinese ni tegur n bagi pamplete.amek lah.pastu ingat nak blah lah.tp dia ajk g booth dia lak. "jom lah cek kesihatan,free je". aku mmg malas nak lyn benda2 camni.mak aku pulak macam taknak. tp macam nak. haish. nak taknak pegi jugak lah. lepas dah cek semua dia terangkan lah pasal resultnya. bebel punya bebel,tunjuk segala testimoni.dan yg ditunggu2 tiba. haha. dia dah keluarkan dah dia punya senarai harga barang. haish!aku dalam hati,'mula dah cina ni.'tp muka still senyum2 lagi. layankan aje. kehkeh.

tp mmg lah aku ni dasar perempuan yg sng terpengaruh. kehkeh. akhirnya aku amek package testing dulu. rm75 5 hari free 2 hari = 7 hari. nak try dulu,kalau serasi barulah boleh beli. nak beli terus mahal hoii! satu set ada 3 jenis 500++. buatnya aku takleh accept rasa dia tak ke naya je duit abah aku. hikk. ehh,kau tau tak benda apa aku dok bebel ni? haha. meh nak kasik tunjuk gambar.




yg tinggi tuh ada 5 perasa.buat masa nih aku dah rasa 3,cappucino,coklat & strowberi.boleh lah rasa dia.tekak aku boleh terima. tekak aku ni sensitip lebih. mengada. rasa pelik sikit takmau. susah okeh! tp mmg mula agk muak lah. lama2 sonang je.tak macam masa aku try jusmate dulu,pehh bercinta nak minum wehh. dahlah lepas minum rasa dia melekat dekat tekak. haish !  :D

lepastu yg kecik comel tuu tea mix. tea dia pon bolehlah. sebab ada rasa2 macam air lemon tea versi takde gula. mmg tawar habes. habestu dah makanan kesihatan kata ko. haruslah tawar hebeh. kehkeh. macam minum air masak je aku rasa. lg 1 tuu aku taktau mende. maybe campur bancuh dgn yg tinggi tu kot. sebab dorg yg bancuhkan kat sana. aku dtg minum aje. hehe.

ohh,ini aloe vera.huii.mula2 bercinta jugak nak habeskan wehh.mau 30 minit.sumpah tak sedap. dalam byk2 ni aloe vera ni paling tak best. rasa dia masam2. tp harini aku macam berjaya la minum dgn lajunya walaupun macam nak uwekk uweek jugak. terpaksa lah. aloe vera ni baik utk "cuci pelut" (perut) katanya. huuu. 

kenapa aku minum2 benda2 ni? ohh,haruslah utk mengecikkan badan aku ni. kahkah. dan yes utk kesihatan jugak. sebab time aku dtg kedai dia aku perhati tak semua yg minum ni spesis yg comel macam aku. kahkah perasan diri comel sudah. ada yg dah cukup fit aku rasa. tp still nak minum utk kesihatan. mak aku pon dapat minum tea free sebab dtg sekali teman aku. untung kan boleh buang toksik secara percuma. kehkeh.  ;)

tp takdelah takboleh makan langsung. cumanya bajet2 lah. kalau dulu aku ni mmg pantang jugak, pantang nampak makanan semua nak makan kan. tak kira masa. skg ni kenalah bajet. kalau pg minum aje benda ni. ptg kang makan lah roti ke sekeping dua. pastu malam minum lagi. dan yes aku berjaya semalam. harap lah dapat maintain lama. hukk. dan paling penting minum air byk. tuu tak tahan tuu. skg ni mmg aku kerap sgt deting dgn hencik toilet. kahkah. takpe2 utk kesihatan. heee.

ehh,korang tau tak aku sentap sebenarnya dgn cina tuu time dia promote2 dekat expo haritu. ada ke dia tanya mak aku,  "kawan ke ni"? tgn hala ke aku. hoii,sentap i tau! tua sgt ke muka aku ni? ke mak aku yg nampak muda? hahah.

macam dah panjang berjela je kan entry ni. huu. okelah korang,doakan aku ehh. hope akan berlaku satu perubahan nanti. aminn.  >_<

bye !


p/s : minuman ni keluaran herbalife. nak tau info g gugel je. ada kot.hee  ;)


cakapcakap : taktahulah berapa lama.  :)




♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 4 October 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

assalamualaikum...


tadi aku pegi jalan jalan belog orang.tetiba terjumpa satu belog ni buat segmen jom tambah follower.lalu aku terjoin.festaim menjoinkan diri dgn mendalah2 cenggini.kehkeh.



meh meh sape nak tambah follower boleh join jugak sila klik dekat gambar burung biru comel dekat atas ni.   ;)

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Monday, 3 October 2011

tukar lagi ? erkk.

assalamualaikum...

fuhh kanan.fuhh kiri.fuhh atas.fuhh bawah.fuhhh fuhhh fuhhh!haha.pejadahnya kau fuhh fuhh nih?tiup habuk la wehh.erkk,blog berhabuk.seminggu tak berhapdate.ohh,oke fine,lebih seminggu.sign in blog semata usha belog orang,bw,n blah.kahkah.dasar pemalas!hukk.benda nak cerita byk,tp asyiklah dok tangguh,tangguh dan tangguh makanya tertangguhlah. *erkk,rasanya takde org kesah pon aku hapdate ke tidok.entri semua syok sendiri.sendiri taip,sendiri baca.*  ;)

ehh,header dah bertukar lagi sekali !rajin bebenau kau tukar header kan syida.yap!lately ni tgn ni asyik lah menggatal main edit2 gambar.kunun nak mentest skill guna photoshop.before ni guna photoscape aje.godek punya godek maka terhasillah header yg tak seberapa ituh.hasil gabungan photoshop + photoscape.gamba edit photoshop,tulisan photoscape.sebab aku tak reti nak adjust tulisan tuu kalau guna photoshop.dah terbiasa photoscape kan.  ;)


ini header before header belog bertukar lagi.  :D


tak byk beza pon.tuka gambar aje.nampak sangat ketidak kreatifan aku disitu.haha.lantak lah.janji berheader belog aku ni.

ehh,terlupa pulak.baju belog pon dah baru.yezzzaaa!pink kaler hokkey.  ;)

okelah.babai.




cakapcakap : terjumpa photo editor baru lagi.godekgodek lagi.  ;)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...