assalamualaikum...
semuaorang pun ada hobi kan. tipulah kalau kau kata kau takde hobi langsung. tak kesah lah hobi tuh mendatangkan manfaat ke tak. janji kita enjoy buat benda tu sudah. dah nama pun hobi haruslah yg enjoy-enjoy saje kan. takkanlah kau nak buat hobi bagi kau sedih sampai nak bunuh diri pulak. haha. ada yg ada 1 je hobi. memang jenis sayang gila dgn hobi dia. tak pernah tukar dari dulu sampai sekarang, mungkin sampai bila-bila. ada pulak hobi macam-macam. punya banyak hobi sampai kadang tak terbuat. kadang tuu bila boring terus tinggal gitu je. macam habes madu sepah dibuang. (tak beragak perumpamaan aku woahh. haha.) ini kes curang wokeh! dan aku tergolong dalam golongan curang itu. kehkeh. *.*
aku start kenal hobi ni masa darjah tiga kott. aku pun taktau macam mana aku boleh 'TERADA' hobi time tuu. haha. yela budak darjah tiga batch aku masa tuu takde der tenet2 neh. jangan kata mukabuku. myspace pun takde. budak sekarang asal tanya hobi apa. surf internet. men angrybird. haha. padahal baru darjah satu. baru nak belajar membaca. ;)
berbalik balik cemana aku 'terada' hobi neh. aku ingat lagi time birthday aku abah bagi buku setem.
aku tak sure samaada aku yg mintak atau mmg abah beli nak bagi aku. lupe derr. lama dah tuu. tp rasanya macam aku mintak. kehkeh. aku taktaulah mmg musim org kumpul setem ke hape sampai dekat kedai buku sekolah aku siap jual setem luar negara lagi. sepeket singgit. aku ni pun gigihlah beli. kadang sampai sanggup tak makan sebab nak beli setem punya pasal. dulu belanja sekolah 2hinggit je derr. bukan macam sekarang 5hinggit. lepastu siap main tukar-tukar dengan kawan pulak. sah mmg time tuu musim kumpul setem. hikkk. sambil2 tuu asal ada surat sampai kat rumah je aku jadi orang 1st cakap kat abah nanti dah baca kakyong nak sampul. yg paling takboleh blah aku rasa sanggup ni aku selongkar surat2 yg dah berkurun lama tuu semata-mata nak ambek setem dia aje. kuikui. gigih gila aku semata mata nak kumpul setem wehh. sanggup ni potong setem tuu, rendam dalam air, kasik kering sume. kalau ada yg terkoyak siap nanges2 hentak kaki woahh! haha. pastu tepek dalam buku setem. tepek bukan sebarang tepek tau, siap susun ikut besar kecik, negara, gambar. hehehe. perhh time tuu rasa bahagia gila kot. macam puas lah!haha. gila takboleh blah kan aku punya addicted dgn hobi aku tuu. ntah mana2 tah buku setem tuu aku campak. kalau jumpa ni harus aku snap gambar tepek dekat belog! kahkah. ;)
kemas je kan org neh punya buku setem. aku punya siap tecabut2 lagi dia punya lapik kertas tuu. hiks. ganas gila. ;)
gambar ihsan ; encik google.
hobi ni bertahan kejap je kott. lepastu apa ekk hobi aku. hah! kumpul keychain! aku start addicted dgn mendalah2 bernama keychain ni since kitorang selalu pegi bercuti. biasalah kalau pegi bercuti negeri2 lain haruslah jual keychain as souvenier kan. time tuu sekolah rendah lagi so abahlah jadi tukang beli. tunjuk2 je nak keychain apa. alah paling mahal pun 3hinggit. haha. kalau nak murah paling heaven beli keychain dekat cameron highlands lah. singgit je satu. omey2 pulak tuu. ada bentuk buah, sayur, macam2lah. hiii. keychain pertama aku beli masa lawatan pegi melaka. rasanya masa darjah tiga jugak. aku beli keychain kayu lekat sticker gambar garfield je pun. yg takboleh blah aku beli sebab nak sama keychain dengan budak aku minat masa sekolah dulu. hihihi. *blushing*. konon masa tuu kalau ada keychain sama boleh feeling2 macam becinta le tuu. comel kan aku. hikhik. lepastu makin lama makin banyak stok keychain aku.hah. ada jugak yg kengkawan bagi. tak kira lah mmg dorg beli nak present dekat aku atau dorg beli utk dorg then kasik aku. sume aku rembat. haha. aku kumpul bukan macam certain org yg letak dekat rumah, gantung dekat besi letak dalam almari. aku siap gantung dekat beg sekolah. bukan satu dua, kalau boleh semua keychain aku tuu aku nak gantung woii. pastu pegi sekolah belum sampai depan kelas org dah tau aku sampai. dengar bunyi keychain dulu baru nampak orgnya. kahkah. keychain ni sampai sekarang aku kumpul, walaupun dah tak gantung dekat beg (gila kau nak gantung dekat henbeg. mau patah tangan aku henbeg berat keychain aje) kehkeh.
antara koleksi keychain aku. sebahagian je ni. ni yg lama2 aku simpan dalam plastik ikat masuk laci. haha. yg baru ada yg bergantungan dekat beg, berserakan entah mana2 aku campak. biasalah benda kalau dah banyak. main campak2 je. haha ;)
jom kita kasik zoom. kau nampak keychain garfield tu? hah tulah keychainnya yg aku beli sama dengan budak aku minat tuh. kehkeh. yg tulis 'saidatul' tuu membe aku kasik. konon sbg kenangan. weh sai! aku simpan lagi keychain kau. heee. lagik yg 'nur' tuu aku rembat adik aku punya. keji kan, sanggop aku curik adik punya semata nak kumpul keychain banyak2. haha. yg lain2 ada beli sendiri, ada abah beli. ;)
tuuu antara hobi dari sekolah rendah sampai menengah. bila dah besar2 ni pun ada gak hobi. masa tuu aku baru je habes final sem aku dekat kolej. masa dekat kolej tuu ada member aku buat kerongsang guna kain. bentuk bunga. pastu buat sepit rambut. tp time tuu kan tgh in dgn fesyen sepit rambut pakai dekat tudung. mmg ramai dok pakat beli. aku pun terjebak sama. (mmg aku jenis cepat terpengaruh kot.) haha. lepastu rasa macam tak bebaloi baloi pulak kalau aku nak beli je kan. duit habes. pakai jarang2. so aku pun berangan lah macam nak buat sendiri je mendalah2 tuu. kebetulan mak aku mmg tukang jahit. so alat2 jahit macam jarum benang tuu semua mmg ada lah dekat rumah. kain perca pun belambak. aku apa lagi mulakan operasi lah. nak nak time tuu mmg free gila. baru habes study kan. tak buat apa. baik aku buat benda2 berpekdah camtu. mak pun tak bising. hihih. mula2 macam frust sikit sebab aku buat tak cantik. dah nak giveup kot. yela baru first time nak jadi cantik cemana? so try lah buat2, practise semua, so lama2 jadi lah cantik sikit. lama2 jadi macam best nak buat je hari2. mmg hari2 aku dok ngadap benda tuu jela. hehe.
hasilnya setelah tekun mengerjakan kain perca lebih2 buat baju kurung. ;)
tuu je kot yg aku ingat dan aku rasa macam comelnya (haktuiiihhh) aku dulu2 sanggup buat apa je demi hobi secoet itu. haha. hobi lain2 macam baca buku, baca novel, nyanyi2 dlm toilet ( erkk ni pun hobi ke?hhaaha.)tu macam biasa lah kan. semorang pun selalu je buat. :)
hobi aku yg paling latest ialah...
ini yg terlatest lah. nanti next entry akucerita. kalau ada org nak baca lah. (erkkk pernah pulak aku kesah org baca ke tak.) heee. =_=
nampak macam dah panjang berjela aku dok bebel pasal hobi neh. kalau dibiarkan mau hobi time baby pon terbabit sama. hikhik.
babai awak awak semua.
kepada yg sudi baca tuu
♥ terima kasih kerana sudi baca ♥
0 kawan curah isi haty:
Post a Comment