Tuesday, 20 December 2011

weehuu. iam back!!

assalamualaikum...

helloo warga blog. awww! lamanya lah blog aku tak berupdate. bukan takde benda nak dicoret. banyak. cumanya kesibukan dan kemalasan membelenggu beginilah jadinya. bulan ni aku agak membz. bz berjalan lah hoiii. cuti sekolah kan. heee. awal bulan haritu holiday dekat Melaka. 4 hari dekat sana. berjalan sakan lah kan. but for me tak berapa nak syiokkkklah kan sebab aku demam sehari before pegi Melaka tuu. ini semua gara-gara pegi PD beberapa hari sebelum ke Melaka and gatai pulak pegi mandi laut dalam hujan. so redha sajalah. :)

 *gambar ada tp tak banyak sebab aku adalah malas gila nak bergambar dan menghambek gambar*  ;)

after balek dari Melaka 2, 3 hari lepastu gerak balek kampung pulak dekat Perak. kebetulan sepupu mak buat kenduri kawen so sekali harunglah duduk kampung lama-lama sikit. bukan senang nak balek kan. and aku drive sendiri hokkey! balek 2 kereta sbb abah nak balek rawang dulu. cuak jugak. sebab sekarang kan cuaca macam tak menentu. sukahaty dia je nak hujan ke taknak. jalan pun haruslah licinkan. nak2 pulak abah kata tayar depan bunga kurang. lagilah aku cuak hoiii. tp alhamdullilah lah selamat jugak sampai. tp yg membengangkan aku tuu aku lenguh2 badan drive adik aku boleh sedap2 tido dekat sebelah all the way balek kampung tuu. behngang ahkak hokkey!

errkk, itu je kot nak bebel sini. haha. aku update ni pun sebab rasa macam sedih gila tgk blog sendiri tak berupdate. ;)

byebye awak semua. 

*psstttt. haritu kan masa dekat kampung kan ramai yg tegur aku macam dah kurus sikit. awww! hee. alhamdullilah. ;)*



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Saturday, 12 November 2011

AIM 18

assalamualaikum....


weehuuu. nak siap2. babai. heheh.





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Friday, 11 November 2011

♥ berdating dengan gilrfrens saya♥ | 11.11.11 girls dayout |

assalamualaikum...


wuhuuhuuu. paksa diri update belog dgn kelajuan 180km/j. hek. apakah? kau ingat bawak kereta nak pakai kilometer2 bagai. haha. okeh! sebenarnya aku sgt penat. drive alltheway dari rawang-kl.kl- rawang. sampai rumah keluar pegi bandar rawang jap pulak. tp mmglah badan aku neh ta paham bahasa nak jugak online memalam neh macam tak boleh tunggu esok kan. mmg lah takboleh tunggu. haha.  :D

ohhyee. harini aku berhuha huha dgn makcik2 kesayangan di kl. woah, mmg lah terasa diri sgt dewasa. erhh, mengapakah? haha. takdelah before2 neh kalau nak hangout kl even rawang sekalipun haruslah naik public transport kan. bila naik transport sendiri haruslah rasa macam ohhmyyy sangat seronok tahu? takde masalah kalau kau nak gelak guna max volume pun takde sape nak pandang slek apakah kau tetiba gelak macam org gila takpenah jalan kl? haha. kan. selalu begitulah kalau naik public. jeles la tuh taboleh gelak tahap max macam kitorang. hewhew. ohh lupe meh nak introduce driver tercomel abad ini . ;) *sila sediakan baldi sekali sebelum tgk*





***



***



***












maafkan saya kalau ada yg muntah hijau disini. heh. erkk. aku lah driver comel  itu. hewhew. 

oke lah. banyak benau aku melalut. marilah kita proceed dgn cerita yg sepatutnya. haha. kitorag gerak dari rawang dalam 10 lebih macamtu. sebenarnya janji MELAYU nya kul 9. haha. lepas dah itu ini itu ini 10 lebih baru bergerak. oke la tuh kan. cantek cantek sampai maju junction tengah hari. teruslah pegi isi perut dulu,solat lepastu berjalan lah kau sampai tak larat kan. takde sape nak kesah. haha.

tp macam sedih sikit lah sebab hujan pulak tetiba petang tuu. tp ada ikmahnya ye disitu, kalau tak hujan haruslah makcik2 neh nak tawaf lagi satu jalan TAR tuh. shawl bersepah pulak dekat situ. sape tak rambang mata hoii. haha. tp aku mampu tgk jela. entah takde rasa nak beli pulak. maybe nafsu membazir aku baik sikit harini. haha.

lepastu dalam pukul 4 lebih gitu patah balek ke MJ dan pulang kejalan kebenaran. ehh, pulang kerumah. haha. jalan jammed takhengat pulak time balek. dah lah pulak kaki aku tetiba krem time drive tuh. berjalan lama sgt kott. haha. nasib lah selamat sampai rumah. alhamdullilah.  :D

mehlah layan gambar.


taktaula apa motif makcik amy dgn makcik rab neh buat gaya gitu. huhuiii.  ;)




*candid*


awww! rabiatul, awak comel lah buat peace macamtu. *ada org paksa suruh puji* kuikui.



suka gambar neh! hasil tangan makcik mar. hehe. ada bakat terpendam rupanya makcik sorg neh.  :D

okeh! sampai sini dulu.
penat suda!
mahu zzzzz.
gudnyte korang.
baiii!!!!!


*perasan tak gamba aku semua dekat tempat sama dan sikit sangat? ini adalah kerana aku malas nak keluarkan kamera. bawak cuma memenuhkan dan memberatkan bag saja. sekian terima kasih!*  ;)


♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Thursday, 10 November 2011

bulan november | bulan kahwin.

assalamualaikum...

sekarang dah nak masuk pertengahan bulan november. cuti sekolah pun dah nak mula. ke ada dah adik2 yg buat cuti sendiri neh? tamau tamau, tak baik begitu ye adik2. jadilah macam kakak neh, sgt rajin pegi sekolah. org cuti pun dia pegi sekolah. *ohh, tipu je* haha. 

bila start cuti sekolah je haruslah org berlumba lumba nak buat kerja kahwin kan. dekat rumah aku neh bersepah sepah dah kad kahwin. macam macam rupa ada. mak aku siap tanda dekat sampul kad tarikh kenduri tuu, so that takdelah terlepas pandang kan. nak chek bukak satu satu haruslah tak rajinnya punn. hewhew. tadi saje2lah tgk2 balek kad2 kahwin tuu. chek punya chek 20.11.2011 neh ada 3 ke 4 kenduri nak kena attend. waduh waduh, mak saya sudah pusing. haha. gila byk kau org buat kenduri 20.11.2011. dan tarikh itu sgt cantik.  :)

ehh, esok 11.11.11 kan. wuhuuu. tarikh cantik jugak tuhh. mak sedara aku (cousin mak) nikah esok. tp kitorang tak balek pun sebab nikah je pun. kenduri bulan 12 nanti. balek time kenduri jela. hehe. btw, nak wish selamat pengantin baru utk cuya aku neh. hewhew.

p/s: sape lagi kahwin bulan november? selamat pengantin baru jugak saya ucapkan. hihhiih.  ;)

pstttt.. aku suka kenduri kahwin buat dekat rumah. lebih mesra tetamu. heheh. korg2, suka yg mana? kenduri kahwin dekat rumah or dewan/hotel?



sampai sini je..

baiiii. 

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


cerita hari raya korban.

assalamualaikum...

hewhew. selamat hari raya korban korang. haha. alah, lek ahh baru lewat 4 hari. belum seminggu. sempat lagi nak ucap kan kan. haha.

raya korban tahun ni macam tahun lepas tak balek kampung pun. mostly tiap tahun rasanya kitorang raya rawang je. haish, nak buat cemana abah tak cuti pun. tahun ni kira nasib baiklah off day abah hari raya. macam biasalah raya korban haruslah ada yg dikorbankan. honestly, dah bertahun aku tak pi tgk lembu kena sembelih. padahal padang depan rumah je pun. haha. yg aku tau nanti abah bawak balek daging2 tu mak masak aku makan. kehkeh.

boringkan raya aku? pulak tuu petang tu tetiba je abah cakap nak balek kampung. tp dgn mak and adik bongsu je. sehari je pun, esok balek dah. ohhh. boringgggggggggggg. kena masak. kemas rumah. haha. raya korang mesti bestkan.

ehh, malam sebelum raya kan kitee terajin pulak masuk dapur buat kek. tp kek marble je pun. hewhew. nanti kitee share resepi dgn awak awak semua ehh. senang gila wa ckp luu. hee.

tujeee..
kbaiiii..  ;)


pstttt; baju raya haji kitee tahun ni kan kain batik dgn tshirt je. sobbsss. :(

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 9 November 2011

wordless wednesday #2






*mahu pegi sambung jahit! pastuh nak update belog byk2! haha. imisshu belog! hiks.* 
 k baiiiiiiiiiiiiii!  ♥

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 2 November 2011

wordless wednesday #1






*semua gambar ihsan hencik GOOGLE  ;)

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 1 November 2011

haloo haloo november | happy birthday wishes

assalamualaikum...

yuhuuu. oktober sudah melabuhkan tirai. november datang menjengah. hope hari2 yg bakal  mendatang ni memberi keceriaan dan seribu rahmat utk awak awak semua!  ♥♥♥ ni utk korg. hihih.

ohh november. siyess byk benda dah aku rancang utk bulan ni. hope menjadi and bejalan lancar. ameen. oh ye 1 november juga adalah tarikh birthday adek busuk aku sorg neh. haha. dia lah kawan baik aku, kawan gaduh aku dekat rumah ni. macam hanjeng kucing dah. hewhew. tp gaduh2 manjew saje. esok2 baik balek. lepastu gaduh balek. dan rotate lah benda same hari2 sampai boring. kehkeh. ni pun baru je lepas gaduh dengan dia. hikhik.  ;)

so dgn ini kakakmu yg baik haty mahu wish happy birthday yg ke 11th. hoho. jgn nak merajuk2 je keje. dah besar dah. semoga panjang umur. belajar rajin2. tahun depan UPSR woah! takdapat 5A siap. kahkah. *macam aku dulu 5A* hiii.    ;)

ehh. macam lawa pulak no dia. sume 1 je. 1.11.11 11tahun. hik. iloikkeess.

juga utk korang yg sambut birthday sepanjang bulan 11 neh. happy birthday yaww!   ;)



si birthday boy. muhd. rabbani bin razali

huuu. itu saje mahu bebel. baiii korang.  ♥

psstttt.... hui, naseb baik budak kecik ni taksuke cake. kalau tak harus aku kena bersilat dengan tepung dekat dapur harini yooo! hihi.

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Monday, 31 October 2011

ada budak comel tag saya lah.

assalamualaikum...

honestly aku cakap aku taktau hapemenda jadah mendalah tag2 neh. so bila budak comel bernama yayasept   mentag aku. so mari kita menjawab soalan2 maut dari makcik neh. haha. 

1. Sejak bila korang berblogging
bulan july tahun ni. hehe. baru je lagi.   ♥
2. Makanan fav korang?
byk kot. semua aku telan. tolak batu kayu LAKSA! haha.  ;)
3. Korang tengah lapar gila, tapi dalam masa sama korang mengantuk sangat. korang pilih makan atau tidur?
TIDUR! tidur lagi nikmat dari makan wehh. dah tidur haruslah lupa yg aku sedang lapar. kehkeh. 
4. Korang memilih kawan tak?
haruslah TAK! aku ni siapa je pun nak pilih kawan.  ;)
Siapa orang yang korang percayai?
adik aku kott. entah. tp mostly secret2 aku ada dekat dia. berani dia pecahkan. aku belasah! haha. sebab tuu kott aku PERCAYA dia. *aku jenis susah nak percaya org* ♥
5. Bercinta dalam alam maya ni, boleh percaya ke?
depends la. kalau dah jodoh, bercinta alam maya ke realiti ke kawen jugak kan. hihi.  ♥
6. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, setuju dengan statement ini?
TAk berapa setuju. semua manusia pernah buat silap. macamtu kesian lah dekat org2 yg pernah jadi jahat kan? 
7. Ade orang kata, kadang-kadang kita kena jadi hipokrik jugak. penjelasan anda?
SETUJU. kalau selalu mengalah pun lama2 org pijak kepala. jadi tak salah kalau kadang2 nak jadi hipokrit .
8. Sayang tak berbalas, pernah nak menghadapi situasi macam ni?
SELALU! haha. 
9. List nama tarikh lahir yang sentiasa berada dalam memory anda.
1. haruslah diri sendiri. ;)
2. family. ;)
3. close friends. ;)
10. Last, anda kenal tak siapa saya? haha.
hoii! ni soalan mintak pelempang ke hape? TAKKENAL! kahkah.   ♥


mar! sudah jawab. terimalah jawapanku seadanya. hikhik.

kbaiiii!    

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

assalamualaikum...

aku baru je menfollow belog akak penmerah kite neh. tenampak pulak post dia buat random GA neh. so saya joinlah! hihi. ;)


sila klik banner comel diatas utk terus ke entri kontes!

korang nak join pun boleh. cuba nasibkan. tahu tahu nasib kita dapat menangkan. klik je banner comel atas ni.  


senarai 6 daripada 25 hadiah yg super ohsem i tell u!  ;)
1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon

 anda telah di tag wahai kawan ;

puteri rabia
mariatul qibtiah
suara hati

tempoh kontes berjalan - 21 okt-10 nov 2011-
masih ada masa utk awak2 join. jom serbu. hihih. ;)
selamat berGA utk yg join!

kbaiii!

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Thursday, 27 October 2011

kronologi hobi.

assalamualaikum...

semuaorang pun ada hobi kan. tipulah kalau kau kata kau takde hobi langsung. tak kesah lah hobi tuh mendatangkan manfaat ke tak. janji kita enjoy buat benda tu sudah. dah nama pun hobi haruslah yg enjoy-enjoy saje kan. takkanlah kau nak buat hobi bagi kau sedih sampai nak bunuh diri pulak. haha. ada yg ada 1 je hobi. memang jenis sayang gila dgn hobi dia. tak pernah tukar dari dulu sampai sekarang, mungkin sampai bila-bila. ada pulak hobi macam-macam. punya banyak hobi sampai kadang tak terbuat. kadang tuu bila boring terus tinggal gitu je. macam habes madu sepah dibuang. (tak beragak perumpamaan aku woahh. haha.) ini kes curang wokeh! dan aku tergolong dalam golongan curang itu. kehkeh.   *.*

aku start kenal hobi ni masa darjah tiga kott. aku pun taktau macam mana aku boleh 'TERADA' hobi time tuu. haha. yela budak darjah tiga batch aku masa tuu takde der tenet2 neh. jangan kata mukabuku. myspace pun takde. budak sekarang asal tanya hobi apa. surf internet. men angrybird. haha. padahal baru darjah satu. baru nak belajar membaca. ;)

berbalik balik cemana aku 'terada' hobi neh. aku ingat lagi time birthday aku abah bagi buku setem.
 aku tak sure samaada aku yg mintak atau mmg abah beli nak bagi aku. lupe derr. lama dah tuu. tp rasanya macam aku mintak. kehkeh. aku taktaulah mmg musim org kumpul setem ke hape sampai dekat kedai buku sekolah aku siap jual setem luar negara lagi. sepeket singgit. aku ni pun gigihlah beli. kadang sampai sanggup tak makan sebab nak beli setem punya pasal. dulu belanja sekolah 2hinggit je derr. bukan macam sekarang 5hinggit. lepastu siap main tukar-tukar dengan kawan pulak. sah mmg time tuu musim kumpul setem. hikkk. sambil2 tuu asal ada surat sampai kat rumah je aku jadi orang 1st cakap kat abah nanti dah baca kakyong nak sampul. yg paling takboleh blah aku rasa sanggup ni aku selongkar surat2 yg dah berkurun lama tuu semata-mata nak ambek setem dia aje. kuikui. gigih gila aku semata mata nak kumpul setem wehh. sanggup ni potong setem tuu, rendam dalam air, kasik kering sume. kalau ada yg terkoyak siap nanges2 hentak kaki woahh! haha. pastu tepek dalam buku setem. tepek bukan sebarang tepek tau, siap susun ikut besar kecik, negara, gambar. hehehe. perhh time tuu rasa bahagia gila kot. macam puas lah!haha. gila takboleh blah kan aku punya addicted dgn hobi aku tuu. ntah mana2 tah buku setem tuu aku campak. kalau jumpa ni harus aku snap gambar tepek dekat belog! kahkah.  ;)





kemas je kan org neh punya buku setem. aku punya siap tecabut2 lagi dia punya lapik kertas tuu. hiks. ganas gila.  ;)

gambar ihsan ; encik google.

hobi ni bertahan kejap je kott. lepastu apa ekk hobi aku. hah! kumpul keychain! aku start addicted dgn mendalah2 bernama keychain ni since kitorang selalu pegi bercuti. biasalah kalau pegi bercuti negeri2 lain haruslah jual keychain as souvenier kan. time tuu sekolah rendah lagi so abahlah jadi tukang beli. tunjuk2 je nak keychain apa. alah paling mahal pun 3hinggit. haha. kalau nak murah paling heaven beli keychain dekat cameron highlands lah. singgit je satu. omey2 pulak tuu. ada bentuk buah, sayur, macam2lah. hiii. keychain pertama aku beli masa lawatan pegi melaka. rasanya masa darjah tiga jugak. aku beli keychain kayu lekat sticker gambar garfield je pun. yg takboleh blah aku beli sebab nak sama keychain dengan budak aku minat masa sekolah dulu. hihihi. *blushing*. konon masa tuu kalau ada keychain sama boleh feeling2 macam becinta le tuu. comel kan aku. hikhik. lepastu makin lama makin banyak stok keychain aku.hah. ada jugak yg kengkawan bagi. tak kira lah mmg dorg beli nak present dekat aku atau dorg beli utk dorg then kasik aku. sume aku rembat. haha.  aku kumpul bukan macam certain org yg letak dekat rumah, gantung dekat besi letak dalam almari. aku siap gantung dekat beg sekolah. bukan satu dua, kalau boleh semua keychain aku tuu aku nak gantung woii. pastu pegi sekolah belum sampai depan kelas org dah tau aku sampai. dengar bunyi keychain dulu baru nampak orgnya. kahkah. keychain ni sampai sekarang aku kumpul, walaupun dah tak gantung dekat beg (gila kau nak gantung dekat henbeg. mau patah tangan aku henbeg berat keychain aje) kehkeh.



antara koleksi keychain aku. sebahagian je ni. ni yg lama2 aku simpan dalam plastik ikat masuk laci. haha. yg baru ada yg bergantungan dekat beg, berserakan entah mana2 aku campak. biasalah benda kalau dah banyak. main campak2 je. haha  ;)




jom kita kasik zoom. kau nampak keychain garfield tu? hah tulah keychainnya yg aku beli sama dengan budak aku minat tuh. kehkeh. yg tulis 'saidatul' tuu membe aku kasik. konon sbg kenangan. weh sai! aku simpan lagi keychain kau. heee. lagik yg 'nur' tuu aku rembat adik aku punya.  keji kan, sanggop aku curik adik punya semata nak kumpul keychain banyak2. haha. yg lain2 ada beli sendiri, ada abah beli.  ;)


tuuu antara hobi dari sekolah rendah sampai menengah. bila dah besar2 ni pun ada gak hobi. masa tuu aku baru je habes final sem aku dekat kolej. masa dekat kolej tuu ada member aku  buat kerongsang guna kain. bentuk bunga. pastu buat sepit rambut. tp time tuu kan tgh in dgn fesyen sepit rambut pakai dekat tudung. mmg ramai dok pakat beli. aku pun terjebak sama. (mmg aku jenis cepat terpengaruh kot.) haha. lepastu rasa macam tak bebaloi baloi pulak kalau aku nak beli je kan. duit habes. pakai jarang2. so aku pun berangan lah macam nak buat sendiri je mendalah2 tuu. kebetulan mak aku mmg tukang jahit. so alat2 jahit macam jarum benang tuu semua mmg ada lah dekat rumah. kain perca pun belambak. aku apa lagi mulakan operasi lah. nak nak time tuu mmg free gila. baru habes study kan. tak buat apa. baik aku buat benda2 berpekdah camtu. mak pun tak bising. hihih. mula2 macam frust sikit sebab aku buat tak cantik. dah nak giveup kot. yela baru first time nak jadi cantik cemana? so try lah buat2, practise semua, so lama2 jadi lah cantik sikit. lama2 jadi macam best nak buat je hari2. mmg hari2 aku dok ngadap benda tuu jela. hehe.



hasilnya setelah tekun mengerjakan kain perca lebih2 buat baju kurung.  ;)


tuu je kot yg aku ingat dan aku rasa macam comelnya (haktuiiihhh) aku dulu2 sanggup buat apa je demi hobi secoet itu. haha. hobi lain2 macam baca buku, baca novel,  nyanyi2 dlm toilet ( erkk ni pun hobi ke?hhaaha.)tu macam biasa lah kan. semorang pun selalu je buat.   :)


hobi aku yg paling latest ialah...



♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥
 
 
 
 
 
 
ini yg terlatest lah. nanti next entry akucerita. kalau ada org nak baca lah. (erkkk pernah pulak aku kesah org baca ke tak.) heee. =_=


nampak macam dah panjang berjela aku dok bebel pasal hobi neh. kalau dibiarkan mau hobi time baby pon terbabit sama. hikhik. 

babai awak awak semua.

kepada yg sudi baca tuu  ♥ ♥ ♥ ni utk awak!
k baiii.  ;)
 
 

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 18 October 2011

ROMAN by roman feat. kilafairy - ost drama TIHANY tv9 -

assalamualaikumm...

last week aku ada tertengok satu drama dekat tv9. hari isnin haritu sementara tunggu kelas kau maria stat. TIHANY tajuknya. not bad ceritanya cuma aku kurang faham sebab tengok sekerat2 kan. hheehe. sebenarnya aku lebih tertarik dengan ost drama tuu. ROMAN tajuknya. penyanyi roman (grup) ft kilafairy. wow! kilafairy bibir sexy tu nyanyi woah. ehh kauorang jangan tanya aku kenapa tajuk lagu dengan nama penyanyi dia sama. sebab aku pun taktau. ;) festaim dengar macam tertanya2 jugak ahh siapakah gerangan yg bersuara merdu itu. rupanya anak dara rohana jalil si kilafairy. awak boleh tukar karier lah lepasni cik kilafairy oi. nyanyi pulaks. buat album komfem laku. ehehe.   ;)


meh layan lagu ni. boleh pilih nak slow version atau fast version. teheee.   *_*


 ♥ ♥ ♥



ini slow version. 

 ♥ ♥ ♥



ini fast version.


aku lebih suka slow version. lebih mendayu dayu gitu bila dengar. kehkeh. dasar budak jiwang. papepun thumbs up utk pencipta lagu ni amylea azizan. hah tak kenal? amylea af3 kenal? yeah, dia lah tuu.hee. apa yg aku perasan lagu2 ciptaan dia sumenye superb. kira boleh layan lah kan. byk jadi ost drama je kan. jarang2 dengar dekat radio. kalau ada pun sekejap masa cerita tuu tengah on-air. lepas tuu tak dengar dah. kecuali kalau kau rajin pegi search youtube. papepun teruskan berkarya.  ;)




nah gambar kilafairy bersama bibir sexy beliau utk korang. hikhik. 

kbaii .   ♥ ♥ ♥

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Saturday, 15 October 2011

baby saya sudah ada baju yaww!

assalamualaikum...



*gambar hiasan ; ihsan pakcik google. ;)


helloww. hawauyuu awak awak semua? hikk. tadi after pickup adik aku dekat poly shah alam tuh, kitorang gegedik gatal nak pi plaza alam sentral. atau lebih fofular feymes amous dgn panggilan PAS oleh org2 sekitar sana. sapa dok shah alam sini angkat keyboard ! ;)

oyeah festaim aku jejak situ. not bad lah. selalu pegi selayang mall je paling2 'grand' pon. rawang ni apa je ada. nak tunggu jusco siap haih entah bila. kehkeh. kira kalau nak dibandingkan dengan selayang mall, lagi byk pilihan dekat PAS sana. macam bag. huish,siyes rambang mata aku tadi.naseb lah poket mmg tengah kering. so boleh usha usha manja ajelah. takpe2,next time pegi haruslah aku rembat satu. *kalau dah ter'rembat' satu, makanya koleksi henbeg aku bertambah, bila henbeg bertambah makanya mak akan mengamuk sakan sebab beg yg ada pon tak terpakai.hew hew.  -_- *


tadi dah ushausha henbeg jenis cam briefcase neh. sekarang kan tgh in beg macam neh. haish ! bila boleh rembat satu neh?  *_*



because of duit aku sangat limited sekarang, so aku hanya dapat merembat case hp satu! lama dah carik. selalu je takde. bengang je. aku guna sony vivaz pro. kan ada satu lagi jenis sony vivaz. beza dia vivaz takde slide. vivaz pro ada slide. asal tanya je ada yg sony vivaz aje. and yeah at last, ada jugak case vivaz pro. huu. naseb menyebelahi daku. so rembat satu! rm20 je pon. mula2 rasa macam a bit expensive jugak. sebab bajet2 harga cam belas2 je kan. tp rembat jugaklah. dah ada. takkan nak tunggu sampai hp aku calar balar retak seribu kott baru nak beli kan. sudah terlambat itu. kehkeh. 

so introduce uollss my baby pinkish vivaz pro..  ;)




haish. lega dah ada baju neh. takdelah risau nak letak hp kat mana2 pon. dah tapayah lapiklapik semua kan. dulu nak letak pon ala ala slowmotion gitu. takut calar uollss.   ;)




errkk. maafkan gadis ini. teruplod pulaks. hii. bila lama2 tengok gambar neh tetiba aku rasa muka aku dalam gambar neh macam muka patung kena siat woh. ahaha. *mukasayatakflawlesspuneditphotoshopaje*


kbai awak semua.  



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 11 October 2011

Giveaway LuvBunny House

assalamualaikum...


td ternampak dekat shoutbox ada blogger nama cik bunny ajak join GA dia. so aku pon terjoinlah. saje2. untung2 dapat. hikk. 



sesapa nak join sila lah ringankan jemari anda klik bunny biru comel atas ni. 

selamat berGA !  ;)





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


happy birthday shaziela elisya !

assalamualaikum...

hukk.cerita sabtu lepas hari selasa baru nak hapdate ! dush muka sendirik sekali ! hiksss. takde cerita gempak pon sebenarnya. cumanya malam sabtu haritu kitorang sefamily pegi rumah chik aku dekat ukay perdana sana.chu nak selebrate bufday anak dia haritu. taktahulah kenapa dia tak selebrate dekat rumah dia kan. tp bagus jugaklah. fuhhh, sebab aku lemah betol kalau pegi rumah 2 orang bapak sedara tersayang aku neh. bukan lemah sebab aku taksuka ke apa, diorang ni suka betol duduk rumah tinggi2. kalau ada hencik lif tahan lah lagi. kehkeh. sampai2 lepas lelah dululah. hikkk.

happy 5 th birthday shaziela elisya ! uit besar dah budak kecik ni. dulu dulu masa kecik2 punyalah susah orang nak dekat dgn dia. sikit sikit lari nyurok muka dekat abah dia. malulah kunun tuu. haha. sama jelah macam abg ngn kakak dia kecik2 dulu. haish! *oke finelah aku pon same jugak dulu kecik2 pemalu.sampai sekarang ai pemalu yaww!* kehkeh.   =_=

kita layan gambar jelah ye..



siyess kek dia sedap. ada aiskrim dalam. beli dekat pistachios tak silap. nyamnyam dan diet aku haritu memang kelaut. mak marah. hukk. ala mak sikit je amek. nak rasa je. tulah sape suruh angkut aku sekali. kehkeh.  -_-


ini dia birthday girl. comel yaww! dan aku sgtlah tensyen saat snap semua pic dia. sebab mata pandang kelain aje. mana taknya, ramai paparazi mamarazi malam tuh nak snap pic dia. taktau nak pandang mana satu. retiss of the night lah katakan. yeayeah!  ;)


kazens ! yg hijau shazwan, biru fifi, pink shaziera bersama birthday girl ! 
*sila jgn keliru sbb yg hijau abg,pink adik. nmpk macam pink kakak kan.br darjah 2 tuu. hehe*



dan ini adek aku yg gedik takmau join sanp2 gambar. malu2 kunon. nyampahs!


abah ! along pon nak selebrate birthday macam adik jugak! hikk.


oke! jom potong kek. alamak cemana nak potong ni?  ;)


ohh. kena posing dulu ke? oke2.  :)


orite! dah boleh potong dan mentekadarah! hinshins.  -_-



the endd..


bye semua !


♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Friday, 7 October 2011

GiveAway by anis athia

assalamualaikum...


terjoin GA by anis athia le pulak.hikk.




sape2 nak join jgn malu jgn segan klik je banner ni ye.
tarikh tutup 11.59 pm 1 nov 2011



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Segmen Miss Nadya :: Selamat Datang October

assalamualaikum...

saya join segmen lagi.kehkeh.





segmen by miss nadya. sila klik banner jika mahu join.  ;)





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 5 October 2011

misi berpantang syieda R bermula sekarang !

assalamualikum...

awak awak semua apa kabar? dah makan? hukk.saya belum makan.minum aje dr pagi.haish! ehh tajuk entri boleh bawak fitnah uhh.haha.ni apekes ni berpantang2 ni? bila kau banak? coi mulut kau kan. haha. kawen pon belom nak banak celah mana?kan.kihkih. oraitlah,stret to da point aje. mmg saya sdg berpantang skg. huk. yap!pantang makan. minum takpe. lagi byk lagi bagus.erkkk?    -_-'

begini ceritanya,ahad lepas aku pegi ada satu expo ni dekat area rumah. biasalah expo2 mcmtu semua org nak promote barang diorang kan.then lepas dah penat selongkar tudung. ye! selongkar sebab tudung jual longgok tuh.selai 5hengget.tp kualiti oke.hikk.hah sambung,lepastu jalan lah lagi,tetiba ada chinese ni tegur n bagi pamplete.amek lah.pastu ingat nak blah lah.tp dia ajk g booth dia lak. "jom lah cek kesihatan,free je". aku mmg malas nak lyn benda2 camni.mak aku pulak macam taknak. tp macam nak. haish. nak taknak pegi jugak lah. lepas dah cek semua dia terangkan lah pasal resultnya. bebel punya bebel,tunjuk segala testimoni.dan yg ditunggu2 tiba. haha. dia dah keluarkan dah dia punya senarai harga barang. haish!aku dalam hati,'mula dah cina ni.'tp muka still senyum2 lagi. layankan aje. kehkeh.

tp mmg lah aku ni dasar perempuan yg sng terpengaruh. kehkeh. akhirnya aku amek package testing dulu. rm75 5 hari free 2 hari = 7 hari. nak try dulu,kalau serasi barulah boleh beli. nak beli terus mahal hoii! satu set ada 3 jenis 500++. buatnya aku takleh accept rasa dia tak ke naya je duit abah aku. hikk. ehh,kau tau tak benda apa aku dok bebel ni? haha. meh nak kasik tunjuk gambar.




yg tinggi tuh ada 5 perasa.buat masa nih aku dah rasa 3,cappucino,coklat & strowberi.boleh lah rasa dia.tekak aku boleh terima. tekak aku ni sensitip lebih. mengada. rasa pelik sikit takmau. susah okeh! tp mmg mula agk muak lah. lama2 sonang je.tak macam masa aku try jusmate dulu,pehh bercinta nak minum wehh. dahlah lepas minum rasa dia melekat dekat tekak. haish !  :D

lepastu yg kecik comel tuu tea mix. tea dia pon bolehlah. sebab ada rasa2 macam air lemon tea versi takde gula. mmg tawar habes. habestu dah makanan kesihatan kata ko. haruslah tawar hebeh. kehkeh. macam minum air masak je aku rasa. lg 1 tuu aku taktau mende. maybe campur bancuh dgn yg tinggi tu kot. sebab dorg yg bancuhkan kat sana. aku dtg minum aje. hehe.

ohh,ini aloe vera.huii.mula2 bercinta jugak nak habeskan wehh.mau 30 minit.sumpah tak sedap. dalam byk2 ni aloe vera ni paling tak best. rasa dia masam2. tp harini aku macam berjaya la minum dgn lajunya walaupun macam nak uwekk uweek jugak. terpaksa lah. aloe vera ni baik utk "cuci pelut" (perut) katanya. huuu. 

kenapa aku minum2 benda2 ni? ohh,haruslah utk mengecikkan badan aku ni. kahkah. dan yes utk kesihatan jugak. sebab time aku dtg kedai dia aku perhati tak semua yg minum ni spesis yg comel macam aku. kahkah perasan diri comel sudah. ada yg dah cukup fit aku rasa. tp still nak minum utk kesihatan. mak aku pon dapat minum tea free sebab dtg sekali teman aku. untung kan boleh buang toksik secara percuma. kehkeh.  ;)

tp takdelah takboleh makan langsung. cumanya bajet2 lah. kalau dulu aku ni mmg pantang jugak, pantang nampak makanan semua nak makan kan. tak kira masa. skg ni kenalah bajet. kalau pg minum aje benda ni. ptg kang makan lah roti ke sekeping dua. pastu malam minum lagi. dan yes aku berjaya semalam. harap lah dapat maintain lama. hukk. dan paling penting minum air byk. tuu tak tahan tuu. skg ni mmg aku kerap sgt deting dgn hencik toilet. kahkah. takpe2 utk kesihatan. heee.

ehh,korang tau tak aku sentap sebenarnya dgn cina tuu time dia promote2 dekat expo haritu. ada ke dia tanya mak aku,  "kawan ke ni"? tgn hala ke aku. hoii,sentap i tau! tua sgt ke muka aku ni? ke mak aku yg nampak muda? hahah.

macam dah panjang berjela je kan entry ni. huu. okelah korang,doakan aku ehh. hope akan berlaku satu perubahan nanti. aminn.  >_<

bye !


p/s : minuman ni keluaran herbalife. nak tau info g gugel je. ada kot.hee  ;)


cakapcakap : taktahulah berapa lama.  :)




♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 4 October 2011

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

assalamualaikum...


tadi aku pegi jalan jalan belog orang.tetiba terjumpa satu belog ni buat segmen jom tambah follower.lalu aku terjoin.festaim menjoinkan diri dgn mendalah2 cenggini.kehkeh.



meh meh sape nak tambah follower boleh join jugak sila klik dekat gambar burung biru comel dekat atas ni.   ;)

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Monday, 3 October 2011

tukar lagi ? erkk.

assalamualaikum...

fuhh kanan.fuhh kiri.fuhh atas.fuhh bawah.fuhhh fuhhh fuhhh!haha.pejadahnya kau fuhh fuhh nih?tiup habuk la wehh.erkk,blog berhabuk.seminggu tak berhapdate.ohh,oke fine,lebih seminggu.sign in blog semata usha belog orang,bw,n blah.kahkah.dasar pemalas!hukk.benda nak cerita byk,tp asyiklah dok tangguh,tangguh dan tangguh makanya tertangguhlah. *erkk,rasanya takde org kesah pon aku hapdate ke tidok.entri semua syok sendiri.sendiri taip,sendiri baca.*  ;)

ehh,header dah bertukar lagi sekali !rajin bebenau kau tukar header kan syida.yap!lately ni tgn ni asyik lah menggatal main edit2 gambar.kunun nak mentest skill guna photoshop.before ni guna photoscape aje.godek punya godek maka terhasillah header yg tak seberapa ituh.hasil gabungan photoshop + photoscape.gamba edit photoshop,tulisan photoscape.sebab aku tak reti nak adjust tulisan tuu kalau guna photoshop.dah terbiasa photoscape kan.  ;)


ini header before header belog bertukar lagi.  :D


tak byk beza pon.tuka gambar aje.nampak sangat ketidak kreatifan aku disitu.haha.lantak lah.janji berheader belog aku ni.

ehh,terlupa pulak.baju belog pon dah baru.yezzzaaa!pink kaler hokkey.  ;)

okelah.babai.




cakapcakap : terjumpa photo editor baru lagi.godekgodek lagi.  ;)



♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Wednesday, 21 September 2011

bertukar !

assalamualaikum...

ehemehemehem.baru lepas edit header baru.bertukar!ehehe.header baru sudah tukar.ailaikk.suka doddle muslimah baju kurung purple tuhh.dapat mana?hurm haritu pegi jalan2 dekat belog orang.jumpa pulak dgn doddles omeyomey nih.dah tuannya kasik free kita rembatlah kan.hikhik.dgn kebenaran hokkey.bukan curik.sape nak pegi lah terjah belog beliau. ✿Cik Purple Punya Blog✿.

header aku edit biasa2 je.guna photoscape aje.idok le macam orang lain guna photoshop.lepastu header semua gempak habes.lawa gila.menjelesi hokkey!

hee.oke.bye!

cakapcakap : saya suka kaler purple !





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Tuesday, 20 September 2011

rumah separa terbuka.

assalamualaikum...

eheem eheem.biasanya bila raya perut lah organ dalaman paling gumbira bernyanyi riang ria lagu raya.hikk.haruslah kan.rumah terbuka wajiblah byk sampai rasa macam nak kerat badan tuh kpd 4 bhgn nak pegi semua open house punya pasal.kan kan.lepastu makan sampai tak hengat dunia,lupa diri,tak nampak orang kiri kanan dah.buruk peghangai hoii.ehh,tapi bukan saya lewww.saya sentiasa supan santun dirumah orang.kehkeh.

hurmm cerita pasal open house tahun ni lagi sekali rumah aku tak buat open house pon.selalu kalau aku cakap mak buat lee open house,terus mak aku buat muka hoiii.sentap maks nokss.mak aku cakap malas lah,leceh lah.dan yg paling aku sentap mak aku cakap kamu bukan nak tolong pon.heiii,sapa cakap orang malas?kurang rajin ajeww.hikkss.mak cakap lagi kalau orang nak datang,datang aje.nanti mak masaklah serba sikit jamu depa makan.hukk.kuciwa hatiku.haha.

punya panjang mukadimah aku padahal nak cerita pasal sabtu lepas punya cerita aje.kawan2 adik aku yg belajar dekat poly s.alam tuh nak terjah rumah kitorang.konon konon konvoi raya ahh.entah berapa puluh bijik rumah diorang pegi harituu sampai rumah kitorang pon dah tengahmalam.sampai adik aku yg bongsu tuu dah dok bising bising cakap eii mana kawan anah nii.penat je adik tolong mak tadi tapi kawan anah tak datang pun.haha.mengong punya budak.padahal tolong pegi kedai aje pun bising mengalahkan macam dia tolong masak.menu pada hari itu adalah laksa,nasi himpit kuah kacang dan dadih mangga nyamnyam.tp laksa dan nasi himpit adalah bukan feveret aku dari dulu sampai sekarang.taktaulah kenapa aku mmg tak boleh nak telan laksa tuu.hukk.

punyalah ramai kawankawan dia,adalah dalam 20 orang camtuh.sampai penuh rumah.aku pulak jadi tak keruan dalam rumah sendiri.haha.nasib baik dekat dapur tuu ada komputer.makanya online lah aku.kahkah.hurmm dah taktau apa mahu dibebel marilah kita layan gambar yg aku sendiri taktau motif adik aku snap.kehkeh.

half of the girls.  ;)
meh meh jemput makang.  :)
see,siyesly aku taktau motif adik aku snap gambar ni.apa dia ingat ini agensi cari jodoh ke hape snap gambar gini ginian.kehkeh.ehh,abg ni lah yg panggey aku kakak tuu.sentap hati maks noks.i baru 20 tahun hokkey!  *_*
mmg lah kerusi aku tuu empuk boleh tido sampai takmau bangun sampai esok.kan.hikk. :)
ini sahsahlah tgh layan bola.sebab time depa2 ni sampai kitorang tgh layan bola.perak lawan sabah tak silap.dan yeayy haruslah perak menang kan.ehh,yg belakang tuu siap berkerusi urut tau.ehh,bila nak bayar?kahkah.
the last,gambar kenangan beramai ramai bersama tuan rumah.heee.  ;)

yeaayy.dah habes.ehh,aku nak guna istilah apa ehh utk jamuan makan ni.nak guna rumah terbuka haruslah tidak kan sebab tak jemput sesiapapun.emm apa ehh.rumah separa terbuka boleh?haha.bolehlah.

ehh,okelah macam dah panjang sgt entri ni.babai.

cakapcakap : selamat beropen house semua!  =_=

♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Friday, 16 September 2011

cheritera raya yg tak best.

assalamualaikum...

adesss.dah berminggu entri ni tersadai dalam draft.ini semua sebab kemalasan akibat kedemaman.huu.ini pon baru aje baik.tinggal batuk aje tak reti bahasa taktau bila nak habes.ubat sebotol habes dah aku balun sorang.haish.

dah seminggu berminggu minggu raya.amacam,maseh lagi dokk feeling2 raya kah?hohek.aku mmg raya pertama tu aje lah yg rasa cam raya.lepastu tak dah.habes dah raya pess pon petang boleh tebongkang sikit punya tak hengat dunia.kehkeh.burok beno peghangai.raya ke 2 lagilah boring waa cakap luu.tak keluar rumah langsung.entahlah,dah taktau nak pegi beraya mana kot.nak pegi rumah maklong aku diorang pon satu family raya KL.rumah anak dia sebab wife cousin aku baru bersalin.dapat baby girl.tahun ni beraya sakan dgn cucu ajelah maklong paklong aku.3 sekali tahun ni.semuanya gigirl pulak tuu.hee.ehh,sambong balek cerita raya..hah dekat kampung tuu sapa je yg tinggal.dulu masa ada arwah tok pegi la jugak jalan rumah adik beradik dia.sekarang ni ramai yg dah takde.banyak tunggu orang datang rumah ajelah.hiii.raya ke 3 ajelah merasa jalan2.tu pon pegi mengantar pakcu aku bertunang.kalau tak mau stuck dekat rumah jugak aku seharian woii.haha.keluar pon idok le jauh.perak jugak.dekat ipoh sana.  :)




coklat sponsored by me.hikk.sponsor lah sgt.duit abah kau jugak.ehh,tp aku buat aku lah kan sponsor.kahkah.ada lg 1 aku buat.kek.tp cm malu pulak tepek sini sebab decorationnya sangat failed!buruk i tell u.naseb lah pakcu aku tak byk songeh.kehkeh.janji dulang hantaran dia cukup sudah.
ini si pentunang bersama bonda terchenta a.k.a opah aku.hikk.senyom lebar sampai telinga gembira nak tunang ni. :)


tahun ni kan kononkononkonon macam nak sedondon lah warna baju raya.warna ajelah.corak sama no nehi nehi takmahu!haha.sebab aku rasa bila dah besar2 cenggini tetiba kau pakai baju semua sama corak dgn mak and adik kau terus terasa macam kumpulan boria.hikhik.haih,menggedik kau syida kekecik dulu takde pon nak sedondon bagai.dah besar mengada pulak kan.haha.tapi siyess tau,aku rasa macam alahai comelnya raya pakai baju sedondon gitu.tgk family pakngah paklang aku.tetiap tahun sedondon.nampak kecomelan disitu.tapi tapi tapi,anak diorang semua kecik2 lagi,memanglah comel kan pakai sama.kalau family aku yg semua umur stok dah boleh pegi kursus kawen ni nak pakai camtu aku takut nanti ada orang tegur, "nak pegi marhaban rumah sapa shimah oiii!" (ehh,shimah tuu mak aku.)hee.kan dah orang ingat nak pegi marhaban.hah,baik lah takpayah.hmm tapi kononkononkonon aku tuu dalam mimpi aku ajelah kan.mana taknya,semangat ni pegi beli kain ela,last2 mak tak sempat jahit baju sang teruna2.terpaksalah mereka membelasah baju tahun lepas.kehkeh.alah,lelaki apedehal pakai baju lama.sebab mmg raya 1st aje kau nampak dia sarung baju tuu.lepastu simpan buat habuk dalam almari.jadinya tema raya tahun ni cacarmarba!





ini adik lelaki.yg kelabu tuu cousin.dia upsr tahun ni.gudluck utk dia.5A okeh syamel!ramai dah tabur janji tuu.kau tunggu jela masa nak tuntut nanti.kakyong tak janji apa pon.tp kalau ada rezki lebih nanti dapatla.hikk.  ;)

ini 2 perempuan gedik taksabar tunggu raya sebab nak pegi karoks.boleh?haha.tp tak kesampaian sebab demam lepas raya.suara mmg kompom kelaut china selatan semua.


*motif tepek gambar:nak tunjuk baju raya.kehkeh.  ;)


tahun ni kan aku macam terlebih rajin kan buat biskut raya kan.tapi kan aku rasa macam pembaziran telah berlaku sebab half dah bawak balek kampong.lagi half tinggal dekat rumah ni macam tak berusik langsung.yg datang raya rumah semua budak2 kecik aje.mmg datang aim duit raya je pon.mana pandang biskut aku tuu.makanya duduklah kau dalam balang biskut tuu sampai raya haji ya wahai biskut2.hikk.

sekian cheritera raya yg tak best dari saya.mahu tidur mata dah ngantuk.tapi sebelum tuu mehh tatap gambar budak chomel ni duluu.aummm aummmm.




ini budak chomel nama muhd syamim hafiy.ayoyo ini budak sgt menggeramkan aku.terlampau chomel oke!sumpah macam anak cino dah ekau ni.dia ni cousin aku anak paklang aku.haish!bila lagi mahu jumpa ini budak kicik.

oke bye!


cakapcakap : budak kecik memang chomel. ;)


♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...