Monday 11 July 2011

DAY 5;1 : cabaran 2 entry 1 hari selama seminggu. -review novel : doktor cinta karya dyadila-

assalamualaikum..

hari ni aku nak review pasal 1 novel yg aku penah baca.sumpah besst cerita dia.tajuknya doktor cinta karya dyadila.aku memang suka cerita2 cinta nih.haha.kalau sebut nama penulis dia aje memang lah kau rasa macam ehh,best ke?ehh,tak famous pon,mesti tak best.hah.memang silap besar lah.sebab penulisan dia sangat lah kena dengan jiwa remaja2 sekarang.sebab cara penulisan dia sebijik macam apa yg kita selalu cakap hari2.takdelah macam ayat skema habis.yg kadang2 boleh buat kau boring kalau membaca.disebabkan itu sehari je wehh aku dah habis baca novel ni.




the SINOPSIS

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya
.





cakapcakap : tengs kepada cik jiran sebab bagi pinjam.  :)





♥ terima kasih kerana sudi baca ♥


0 kawan curah isi haty:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...